Saturday, October 12, 2013

Sentuhan Prof Dr Muhaya - Dari Pakar Mata Ke Pencetus Inspirasi

Bismillahirrahmannirrahim

Emm dah seminggu blog ini wujud.. dalam diam-diam dah seminggu jugak saya bertekad dan istiqamah menulis buku Jurnal Inspirasi Diri.. moga-moga selesai dalam masa 40 hari dan akan berubah untuk hari 41 dan seterusnya.. saya ingat kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah. Sesuatu ilmu, perbuatan atau apa saja bila kita hendak ianya berterusan, kita perlu lakukan 40 hari beturut-turut.. Insya allah akan jadi sebati dan kita akan istiqamah melakukanya..

Macam-macam berlaku dalam masa seminggu ni.. Kerja di ofis mulai waktu sampai saya 7.00 pagi hingga la waktu balik 6.00 petang. Banyak perkara yang dapat saya selesaikan dan buat. Dan yang paling bestnya.. emmm xpelah biar saya dan Allah je yang tau hihi

Ok.. mari kita fokus perkara yang nak saya share dalam blog ni setelah seminggu tak menulis..
Ingat tak hari tu saya ada bagitau saya beli buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya Sejernis Sinar Matamu.

Ini ada di antara perkara yang saya nak share. Sentuhan Prof Muhaya mukasurat 24

1. Kalau kita hendak buat apa-apa jangan fikir "apa yang orang kata", tetapi fikirkan "apa pandangan Allah".

2. Janga kata tidak ada masa, tetapi katakan kita tidak cukup masa. Kalau kita pandai memperuntukkan masa dan mengawal masa banyak perkara kita boleh buat dalam satu masa.

3. Semua hamba-Nya boleh berdakwah, kerana berdakwah itu bererti mengajak orang membuat kebaikan dan mengajak orang meninggalkan keburukan. Sesungguhnya ilmu hak ulamak tetapi berdakwah hak semua, maka itu semua orang boleh berdakwah.

4. Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang pendakwah atau pakar motivasi, mesti memperdalam ilmu terlebih dahulu. Cara mendapatkan ilmu pelbagai cara; ilmu agama boleh didapati melalui pengalaman hidup atau pengalaman pekerjaan. Banyak membaca buku motivasi, membaca dan mengkaji Al-Quran melalui terjemahannya adalah persediaan untuk membina diri menjadi pendakwah dan pakar motivasi dan inspirasi. Mendengar buku audio adalah satu cara kita mengatasi masalah tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca.

5. Tanamkan kekuatan akidah terlebih dahulu yang dapat menjadikan kita hamba-Nya yang cinta dan mengabdikan diri kepada Allah. Tanamkan rasa kepercayaan dan cinta kepada Allah sejak dari muda lagi dan mendidik diri dan menjadi hambanya yang soleh sejak muda lagi dan pelihara amalan soleh secara konsisten.

6. Buat kad matlamat, tulis apa yang kita hendak jadi apabila kita dewasa nanti. Sentiasa mengharapkan yang kita tulis dalam kad matlamat itu akan tercapai.

7. Buat skrip kehidupan, setiap hari dengan menggunakan buku Jurnal Inspirasi, bagi memperbaiki diri setiap hari.

8. Sebelum berdakwah baiki diri sendiri terlebih dahulu dari segi perangai kita dengan manusia dan sikap kita dengan Allah seta bermurah hati dengan orang di sekeliling kita. Apabila akaun emosi kita tinggi dan kita disukai dan disayangi orang, senang kita untuk menasihati orang. Jangan menghukum orang tetapi berikan kasih sayang dan rasa kasihan kepada mereka dan doakan mereka, insya allah mereka akan berubah dan mendengar nasihat kita.

9. Lihat dalam cermin bila bangun tidur dan katakan "Saya sayang anda. saya benar-benar sayang diri saya sendiri." Katakansesuatu yang baik kepada diri dan bersangka baik kepada Allah. kita sedang menyemai benih dan menjangkakan akan tumbuh dengan suburnya. Sesungguhnya yakinlah bahawa setiap jangkaan kita adalah benih baik yang Allah Kurniakan.

10. Apabila hendak tidur, bersyukur atas segala kebaikan maka akan bertambah nikmat.

11. Katakan selalu, "hanya hal-hal kebaikan sahaj yang akan datang kepada saya", Tidak kita apa yang akan berlaku semuanya baik untuk saya.

12. Tulis pendapat kita tentang sesuatu perkara dan kira berapa yang negatif dan positif.

13. Kita tidak boleh mengubah fikiran jika kita tidak jaga fikiran kita. Undang-undang berfikir - jika kita tidak jaga fikiran kita. Undang-undang berfikir - jika kita tidak tahu apa yang kita fikirkan dan percaya hal itu akan berlaku dalam kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment