Sunday, October 27, 2013

Sentuhan Prof. Dr. Muhaya - "Memahami Reset Minda"

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. minggu ini adalah minggu yang cukup sibuk bagi diri saya.. tapi alhamdulillah.. saya dapat lalui dengan tenang dan positif..

Hari ini saya nak sambung perkongsian saya melalu bacaan saya pada buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya Sejernis Sinar Matamu.

Perkongsian mukasurat 46.

1. Mesti pandai menjaga minda kita jangan tercemar dengan perkara negatif. Apabila minda terkawal emosi juga akan terkawal dan tindakan akan terkawal.

2. Mulakan menulis semua emosi kita pada setiap hari. Dengan cara itu kita akan tahu perasaan kita sendiri.

3. Cara membuat skrip kehidupan adalah dengan gambarkan dalam minda kehidupan yang kita mahu dan tulis dalam bentuk tulisan dan sentiasa baca dan kekalkan gambaran itu dan bertindak ke arah itu dan yakin Allah akan makbulkan.

4. Saring fikiran dengan membenarkan perkara positif sahaja berada di minda kita.

5. Muhasabah diri, lihat diri jangan asyik melihat kesilapan orang.

6. Berprasangka baik kepada Allah.

7. Tingkatkan amalan dengan Allah untuk kuatkan akidah kepada Allah.

8. Jangan tidur sebelum memaafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati kita.

9. Tanamkan keyakinan lebih kepada Allah bahawa Allah sentiasa bersama-sama kita dan hanya  Allah yang boleh membantu kita, bukan bergantung keyakinan kepada manusia. Manusia tidak boleh membantu kita seperti Allah membantu kita, kerana sifat Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang itu tidak akan sama dengan sifat pemurah dan kasih sayang manusia. Masalah manusia adalah kerana lebih yakin kepada manusia daripada menyakini Allah, dan lebih banyak meminta daripada manusia daripada berdoa kepada Allah dan lebih mencari penghargaan manusia daripada mencari redha Allah.Jom ingat Allah dan Kaabah menjadi kiblat kita setiap kali dalam solat. Jangan ubah kiblat hidup untuk keuntungan dunia yang sedikit.

10. Setiap saat pertama, esakan Allah. Kedua, ikhlaskan diri dalam amalan dan jangan bertangguh mengerjakan suruhan Allah. Ketiga, jangan malu kepada manusia tetapi malulah kepada Allah. Hentikan menyebut perkataan "apa orang kata" tapi fikirkan "Apa pandangan Allah".

11 Sebelum berdakwah baiki diri sendiri terlebih dahulu dari segi perangai kita dengan manusia dan sikap kita dengan Allah serta bermurah hati dengan orang disekeliling kita. Apabila akaun emosi kita tinggi dan kita disukai dan disayangi orang, senang kita untuk menasihati orang. Jangan menghukum orang tetapi berikan kasih sayang dan rasa kasihan kepada mereka dan doakan mereka, insya-Allah mereka akan berubah dan mendenganr nasihat.

12. Jom berdoa, kepada Allah setiap hari supaya hati kita lembut dan suka kepada kebaikan dan mudah melihat kelemahan diri sendiri dan ingin mengubah dunia dalaman kita untuk mengubah dunia luaran kita dan hasil kehidupan kita.

13. Sayangi dan hargai diri sendiri. Hentikan mengutuk diri sendiri dan hormati diri sendiri, kerana apa yang kita beri itu yang kita akan dapat. Katakan, saya suka kehidupan saya, saya mahu menjadi seorang yang hebat di mata orang dan di mata Allah.

14. Seterusnya lihat diri sendiri di cermin, berdoa dan bercakap kepada diri kita yang sayangi diri kita dan kita hendak menjaga kesihatan kita, amalan kita supaya kita dapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat. (Sebenarnya ini adalah satu situasi atau proses kita berbicara kepada roh kita atau kita bercakap kepada sifat kanak-kanak dari kita, yang bersifat dan mempunyai roh yang baik dan suci, kerana setiap kelahiran bayi atau kanak-kanak dalam keadaan baik, suci dan hebat).

15. Bayangkan apa yang kita nak capai dan yang kita hendak buat pada esok hari setiap kali masa lima minit sebelum kita tidur. Bayangkan dalam "Minda bawah sedar" ini penting kerana pada keesokan harinya "minda sedar" akan melaksanakan semua perkara dan tingkah laku yang dibayangkan oleh "minda bawah sedar".

16. Katakan berulang kali segala perkara yang menjadi impian kita pada bila-bila masa, biarpun kita tidak tahu macam mana untuk mencapai segala hajat kita angan-angankan dan menjadi impian kita. 


No comments:

Post a Comment