Sunday, October 6, 2013

Simpan, Jimat + Jana Duit 21 Hari Part 1

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmannirrahim

Hari ni saya share 1 artikel daripada Jutawan Internet Irfan Khairi yang saya baca dari Harian Metro Jumaat, 4.10.2013

Simpan, Jimat + Jana Duit 21 Hari

Adakah anda sering rasa buntu mengenai keadaan anda? Apa kata cuba ikut aktiviti 21 hari untuk menyimpan, berjimat dan menjana duit ini untuk memperbaiki kewangan anda.

HARI 1: Jejak segala perbelanjaan anda. Tidak kira perbelanjaan besar atau kecil, actitkannya dan jejak wang keluar dari poket atau bank anda. Setiap transaksi perlu direkod kerana sekiranya anda tidak menjejak kewangan anda, anda pasti akan lupa dan tidak tahu ke mana wang anda pergi di hujung bulan!

HARI 2: Simpanan secara automatik. Lakukan simpanan secara automatik. Lakukan arahan kepada bank anda untuk membuat pemindahan wang secara automatik setiap bulan. Dengan cara ini, ia memberi jaminan pada diri anda sendiri untuk sentiasa menyimpan sejumlah wang setiap bulan.

HARI 3: Laburkan wang simpanan. Bukan saja menyimpan wang, pastikan wang yang disimpan dilaburkan. Tidak perlu melabur pada pada sesuatu yang anda tidak faham seperti pasaran saham. Mula membaca dan memantau pelaburan seperti unit amanah atau dana bersama. Kunjungi bank dan pelajari risalah mengenai jenis pelaburan yang disediakan.

HARI 4: Simpan wang untuk kecemasan. Mulakan simpanan wang untuk kecemasan. Sebagai tambahan, ini adalah satu keutamaan kerana malang tidak berbau. Sebaiknya, ketepikan perbelanjaan anda sekurang-kurangnya untuk enam bulan akan datang. Dana ini adalah dana kecemasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga pada punca pendapatan anda.

HARI 5: Rancang perbelanjaan anda. Lakukan perancangan yang rapi berhubung perbelanjaan dan bakal perbelanjaan anda. Fikirkan wang masuk dan wang keluar untuk beberapa bulan akan datang dan lakukan bajet supaya dapat mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan akan datang di samping tidak mengganggu perancangan menyimpan anda. Tanpa perancangan wang, anda merancang untuk gagal dalam hal kewangan

HARI 6: Hentikan penggunaan kad kredit. Bagi mereka yang sering menggunakan kad kredit, pasti ini agak sukar. Tetapi untuk berjaya dalam kewangan, sememangnyaperlu lakukan perkara yang susah. Hentikan penggunaan kad kredit terutama dari segi pembelian barangan yang tidak diperlukan. Bulan ini, tinggalkan kad kredit di rumah dan gunakan tunai untuk transaksi.

HARI 7: Hentikan keahlian yang tidak digunakan. Anda memiliki keahlian kelab, gimnasium, hiburan atau sesuatu yang anda sendiri tidak gunakan tetapi melakukan bayaran bulanan? Hentikannya. Sekiranya ada, kita sering melewat-lewatkan masa untuk menghentikannya. Kali ini, anda hentikan tanpa perlu berfikir panjang.

Hari ni saya share 7 langkah dulu.. esok saya sambung lagi untuk hari ke 8 hingga hari ke 14 Wassalam...

No comments:

Post a Comment