Tuesday, October 22, 2013

TIPS DIDIK ANAK MENGURUS WANG


Bismillahirrahmanirrahim...

Apa yang saya nak mulakan hari ini ialah tips mengurus kewangan untuk kanak-kanak. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Iera dan team majalah JUTAWAN yang telah banyak mendedahkan saya tentang ilmu kewangan..

Kali ini saya nak kongsi cara atau tips bagi mendidik anak-anak yang sedang membesar tentang pengurusan kewangan.


1. Ajar anak anda permainan seperti Monopoly, Payday, Saidina dan sebagainya.

2. Sediakan wallet, pouch, handbag atau purse.

3. Belikan dua tabung yang cute dan kecil. Satu untuk simpanan tetap(Tabung 1) dan satu lagi untuk simpanan sementara(Tabung 2). Setiap kali dapat duit, simpan 50 peratus di tabung satu dan 50 peratus di Tabung dua. Gunakan tabung 2 tujuan (simpanan sementara) untuk membeli barang keperluan mereka. Ajar mereka untuk dapatkan sesuatu, mereka harus membuat simpanan. Sekiranya mereka hendak membeli kasut yang berharga RM30, suruh mereka simpan RM15 dan anda akan top-up selebihnya. Barulah mereka faham cara untuk mendapatkan sesuatu.

4. Buka akaun untuk mereka.

5. Kenapa tabung simpanan tetap(Tabung 1) mesti bersaiz kecil? Untuk cepat penuh dan mereka akan membawanya ke bank. Disana mereka akan diberitahu,tujuan membuat simpanan tetap untuk masa depan.

6. Untuk anak-anak yang beragama Islam, latih mereka keluarkan 10 peratus daripada jumlah simpanan tabung 2 untuk disedekahkan di masjid pada setiap hari Jumaat(semasa solat Jumaat). Mereka akan faham bersedekah dan fadilatnya.

7. Latih jua anak anda membuat kerja seperti basuh kereta, kemas bilik, jemur dan lipat baju. Berilah mereka upah sebagai kefahaman untuk mencari duit kena kerja. Latih mereka kerja dengan upah berbayar di hujung minggu.

8. Beritahu anak-anak kenapa kita harus membeli semasa special offer, promosi, great saving dan sebagainya. Ajar mereka perlunya berjimat. Tidaklah mereka asyik membeli di musim yang tiada promosi.

9. Latih mereka membuat senarai yang hendak dibeli atau nak diganti seperti kasut sekolah, kasut sukan, alat tulis dan sebagainya. Bawa mereka ke pasaraya untuk melihat harga barang yang mereka kehendaki. Suruh mereka salin harganya. Balik rumah, bincang semula berapa kos yang diperlukan. Buka Tabung kedua untuk mengetahui jumlahnya. Kira berapa lagi baki yang diperlukan. INGAT! Bantu mereka 50 peratus daripada jumlah keseluruhan.

10. Sentiasa ingatkan mereka supaya berjimat dan beli yang perlu sahaja.

Sumber: Majalah Jutawan bil 12 Ogos 2010

No comments:

Post a Comment