Tuesday, November 5, 2013

GST MEMBANGUN DAN MAJU BERSAMA

Untuk memahami GST - apa yang perlu anda tahu?

Bismillahirrahmanirrahim..

GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Cukai tersebut dibayar apabila pengguna berbelanja. GST akan menggantikan Cukai Jualan & Cukai Perkhidmatan (CJP). Ia bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih efektif, efisyen, telus dan mesra perniagaan. GST mula dilaksanakan di negara Perancis seawal tahun 1950an. Kini, lebih 160 negara telah melaksanakan GST. Di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakannya.

KENAPA GST DIPERKENALKAN
Ia merupakan suati sistem percukaian yang lebih baik dan lebih adil berbanding dengan CJP. Antara faedah GST adalah:

MENGURANGKAN KOS PERNIAGAAN:
Di bawah CJP, peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar ke atas input perniagaan. Namun, dengan GST, peniaga mendapat manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan. Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah.

MENINGKATKAN PEMATUHAN:
CJP mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai. GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri, sekaligus meningkatkan pematuhan.

MENGURANGKAN KARENAH BIROKRASI: 
Kini urusan lebih mudah kerana tidak perlu lagi untuk memohon kelulusan pengecualian ke atas bahan mentah.

MEMBERI KESAKSAMAAN:
Kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.

MENJADIKAN HARGA LEBIH BERPATUTAN KEPADA PENGGUNA: 
GST menghapuskan cukai bertindih di bawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.

MENJAMIN KETELUSAN: 
GST adalah lebih telus dari CJP kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

KADAR DAN THRESHOLD GST
- Kadar GST: 6%
- Threshold GST: RM 500, 000
(Perniagaan yang tidak mencapai nilai jualan tahunan pembekalan bercukai RM500,000 tidak perlu mendaftar di bawah GST. Namun begitu, pendaftaran secara sukarela adalah digalakkan)

JENIS BARANG / PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST
Bagi tujuan sosio-ekonomi, barang dan perkhidmatan tertentu tidak dikenakan GST, antaranya seperti:
- Makanan asa seperti beras, tepung, gula dan minyak masak
- Pembelian dan penyewaan rumah kediaman
- Jual beli tanah pertanian
- Pendidikan
- Pengangkutan awam
- Perkhidmatan kesihatan

Sumber: Harian Metro
Selasa 5 November 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
1300 888 500
03 8882 2111
www.gst.customs.gov.my
emel: gst@customs.gov.my
faks: 03 78067599


No comments:

Post a Comment