Sunday, November 3, 2013

Kasih Seorang Ayah

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya nak share satu video yang saya dapt dari post rakan di FB dan juga video dari youtube..

Tiada perkataan dapat menerangkan apa yang anda akan tonton nanti.

Si Anak bertanya kepada ayahnya , "Ayah , bolehkan Ayah menyertai marathon bersama saya ? "

Si Ayah walaupun mempunyai masalah jantung menjawab , "Ya"

Kemudian mereka menamatkan marathon bersama sama .Dan mereka terus menyertai marathon yang lain lain bersama sama selepas itu. Si Ayah pasti akan menjawab " Ya " kepada segala permintaan anaknya apabila di minta oleh anaknya untuk menyertai mana mana marathon bersama sama nya.

Pada suatu hari, Si Anak bertanya kepada Si Ayah, "Ayah, jom sertai Triathlon Ironman bersama sama ."

Seperti biasa ,Si Ayah menjawab ,"Ya".

Untuk pengetahuan semua , Triathlon Ironman adalah acara Triathlon paling lasak dan sukar di dunia.Perlumbaan meliputi 3 bahagian utama iaitu berenang mengharungi laut sejauh 3.86 km ,di ikuti pula berbasikal sejauh 180.2 km dan di akhiri dengan berlari sejauh 42.195 km sepanjang pantai Big Island.

Sungguh terharu,walaupun menghadapi kesukaran Si Ayah dan Si Anak dapat menamatkan pelumbaan bersama sama.....

Sama-sama kita hayati kandungan video ini agar ianya menjadi inspirasi kepada kita semua. Jom audit diri kita.. renung-renungkan..

Selamat menonton! :)


No comments:

Post a Comment