Friday, November 8, 2013

Jika Kita Berharta, Siapakah Kita?

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya nak share artikel dari majalah SOLUSI isu 50 ms 11.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Dan antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dan berkata: 'Sesungguhnya, jika Allah memberi kepada kami limpah kurnia-Nya, tentulah kami akan bersedekah dan menjadi orang yang soleh.'
Kemudian setelah Allah memeberi kepada mereka limpah kurniaan-Nya, mereka bakhil dengan pemberian Allah serta memebelakangkan (kebajikan)
Akibatnya, Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta." (Surah al-Taubah 9:75-77)

Manusia yang mengorbankan hartanya terbahagi kepada tiga golongan:

1. Mengorbankan seluruh atau sebahagian besar harta
 Inilah golongan para sahabat terutama Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain. Mereka sangat yakin terhadap janji Allah tanpa menyimpan apa-apa pun daripada harta tersebut untuk diri dan keluarganya. Apabila ditanya kepada Sayidina Abu Bakar tentang harta yang masih ditinggalkan untuk diri dan keluarganya, beliau menjawab: "Aku meninggalkan hanya Allah dan Rasul-Nya."

2. Menyimpan dan mengeluarkan harta ke jalan Allah
Golongan ini berusaha menyimpan dan menggunakan harta sekadar meperluan, dan tidak bermewah-mewah dan membelanjakan ke jalan Allah apabila tiba masa dan keadaan. Untuk mendapat cinta Allah, mereka berpendapat tidak memadai dengan mengeluarkan zakat yang wajib, tetapi juga membelanjakan di jalan fardhu kifayah dan sunat. Fardu kifayah tersebut ditunaikan dengan membantu fakir, miskin dan golongan yang melarat dan sangat terdesak. Mereka tidak akan memberi harta secara pinjaman, bahkan akan diberikan secara percuma kepada golongan yang memerlukan.

3. Mengeluarkan harta untuk ibadah zakat wajib sahaja
Inilah tahap manusia terendah. Cinta mereka kepada Allah hanya sekadarnya, lalu pengorbanan mereka "biasa-biasa" sahaja, bahkan membelanjakan harta di jalan Allah setakat yang wajib.
Walaupun begitu, tahap ini sudah dikira baik pada zaman ini. Jika dibandingkan dengan zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat dan salafussoleh, golongan ini masih, dalam kategori "low class" dalam ukuran cinta kepada Allah.

Hayati kata-kata Imam al-Ghazali: "Cinta mereka kepada Allah dan hari akhirat masih sangat lemah."

Moga perkongsian ini mendapat keberkatan kepada semua.. :)


No comments:

Post a Comment