Thursday, January 30, 2014

10 Hari 10 Kaedah Membetulkan Keadaan Kewangan Anda (Hari Ketujuh)

Bissmillahirrahmanirrahim...

{Hari 7 Kaedah 7}

Bersihkan Dalam Rumah Anda Boleh Bawa Rezeki
-------------------------------------------------------

1) Jual atau bagi kepada orang yang perlukan semua barang-barang yang anda tidak gunakan lagi. Banyak barang yang tak perlu selalunya menjadikan ruang dan tempat anda semak.

2) Mula bersihakan rumah anda, bilik anda dan semua tempat. Kebersihan adalah benda yang rezeki paling suka. Sesekali ambil masa untuk membersihkan.

3) Juga ambil kesempatan untuk lihat keadaan lampu-lampu, kegunaan elektrik, paip-paip air. Sedikit apa yang anda lakukan boleh menjimatkan banyak wang pada jangka masa panjang.

PS: benda ni nampak macam takde benda tapi ianya sangat penting.
So buat ye... :)

Wednesday, January 29, 2014

10 Hari 10 Kaedah Membetulkan Keadaan Kewangan Anda (Hari Keenam)

Bissmillahirrahmanirrahim..

{Hari 6 Kaedah 6}

Fikir Sebelum Belanja
-------------------------

1) Kumpul dulu baru beli. Jangan terus beli sesuatu benda atau service tanpa berfikir bagaimana anda nak bayar nanti. Tak kira apa benda pun... tengok dulu keadaan kewangan anda .

2) Jangan biasakan pembelian kredit lagi... kalau tak mampu nak beli jangan beli.... kumpul dulu baru beli jangan beli dengan kredit kad dan bayar minima setiap bulan... ini boleh jadikan anda miskin sampai bila bila --- ( tak guna pakai barang mewah tapi hutang semunya )

3) Jangan ambil tindakan yang bersangkut dengan kewangan dalam keadaan beremosi.... pasti akan anda rugi....

Tak kira service tu berbetuk keagamaan ke, ilmu ke, harta ke.... pastikan anda tahu cara nak bayar atau sediakan kaedah bayaran dulu sebelum membuat apa apa tindakan .

4) Jangan terus beli sesuatu, biarkan sehari dua sebelum betul-betul nak beli supaya anda benar-benar pasti itu adalah keperluan.

5) Jangan beli hanya kerana JENAMA...... lagi lagi kalau duit dalam kocek tu belum cukup.

6) Jangan beli apa apa tanpa minta diskaun . period.

PS: ikutlah cakap ABANGABU ini kalau nak selamatkan duit anda ni hilang begitu sahaja....

PSS: Ramai datang jumpa AA dalam keadaan dah KOYAK, dah tak tau macam mana bayar hutang dah.... kredit kad penuh, tapi bukan main penuh dengan pelbagai ilmu tapi tak tau? Ilmu kewangan tu kurang tu..

Jadi .... tunggu kaedah esok 7 ok..?

Tuesday, January 28, 2014

10 Hari 10 Kaedah Membetulkan Keadaan Kewangan Anda (Hari Kelima)

Bismillahirrahmanirrahim..


{Hari 5 Kaedah 5}

Mula Tulis semua perbelanjaan
------------------------------------

1) Mula tahu kemana duit anda di belanjakan. Mula tulis supaya anda tahu kemana wang anda di belanjakan. Ini akan memberikan gambaran trend perbelanjaan anda

2) Dapatkan resit-resit apa jua perbelanjaan yang dilakukan supaya anda tidak lupa akan jumlah yang di belanjakan

3) Sediakan sebuah nota kecil untuk merekodkan dengan serta merta

Amacam ... dah boleh buat sekarang juga...

kalau dah baca apa lagi ......... :)

Monday, January 27, 2014

10 Hari 10 Kaedah Membetulkan Keadaan Kewangan Anda (Hari Keempat)

Bismillahirrahmanirrahim..

{Hari 4 Kaedah 4}

PEKA terhadap PENIPUAN - cara selamat diri anda dari tertipu.
-----------------------------------------------------------------------

Ini adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian yang sangat detail.

PALING PENTING : Jangan terperanguh dengan sebarang OFFER yang diberikan dalam pelbagai bentuk dan jangan buat keputusan dalam keadaan emosi yang tinggi.

a) jangan simpan resit-resit penting dalam keadaan yang tidak dijaga.

b) nombor-nombor password kad kad ATM atau detail kad kredit jangan sebarangan kita bagi kepada orang lain .

c) jangan bagi detail peribadi kepada sesiapa sahaja yang mengunakan telefon untuk mendapatkan detail anda

d) sentiasa periksa laporan kredit anda supaya memastikan agar tiada orang yang mengunakan peribadi anda untuk sebarang kemudahan kewangan .

e) Kalau anda rasa seseorang itu menawarkan sesuatu yang macam tak boleh percaya, buatlah research sebelum membuat keputusan membeli dan sebagainya .

PS: rezeki jangan di kejar, hanya buat apa yang kita patut buat dan bukan buat kerana mengejar kekayaan .

PSS: Ramai yang tertipu dengan pelbagai bentuk ilmu yang hanya membawa kesengsaraan .

PSSS: Fikir dan lakukan apa sahaja hal mengenai kewangan tanpa sebarang EMOSI.... ok....

BEST BEST BEST

Dah Baca kenalah SHARE SHARE SHARE .. hehehe


Sambung hari kelima esok..

Sunday, January 26, 2014

10 Hari 10 Kaedah Membetulkan Keadaan Kewangan Anda (Hari Ketiga)

Bismillahirrahmanirrahim..

{Hari 3 Kaedah 3}

Mula aktif dalam hal-hal kewangan anda. Maksudnya mula ambil tanggungjawab atas hal-hal kewangan anda.

Fikirkan kemana wang anda pergi, apa yang sedang anda lakukan. Jangan hanya biarkan apa-apa terjadi tanpa pengetahuan anda dan mengharapakan wang akan datang pada anda.
Membuat pelan kewangan, menabung dan menyimpan serta membayar dan melunaskan hutang-hutang memerlukan pelaburan masa dan minat serta kemahuan tinggi untuk berjaya .

Lakukan sedikit perubahan dengan memberikan masa untuk kewangan anda. Memberikan 20 minit seminggu untuk kewangan anda boleh mendatangkan hasil yang luar biasa banyak..

jadi hari ini simple je.... Boleh buat kan...

apa lagi buat je lah , dah buat sila lah lakukan perkara biasa

SHARE posting ini kepada seberapa ramai yang anda mahu.


Esok kaedah 4 pula..tunggu.. :)

Saturday, January 25, 2014

10 Hari 10 Kaedah Membetulkan Keadaan Kewangan Anda (Hari Kedua)

Bissmillahirrahmanirrahim..

{HARI 2 KAEDAH 2}

KEMASKINI akan SIMPANAN dan INSURAN anda
-------------------------------------------------------

a) Kemaskinikan simpanan adalah memastikan berapa yang boleh disimpankan setiap bulan secara konsisten.

Buat account yang hanya anda boleh masuk duit, bank transfer kedalam account ini... pastikan satu account hanya untuk menyimpan sahaja.

b) Mula juga pastikan duit yang di simpan dalam tabung yang betul. Maksudnya janganlah disimpan dalam bentuk yang akan menjadikan wang itu menjadi kurang dari nilainya. Bagus untuk menyimpad dalam bentuk tidak menurunkan nilainya. Contoh boleh disimpan dalam bentuk emas dan perak .

c) Pastikan anda mula semak keperluaan insurans anda... ini penting kerana sakit tidak memilih nak datang , jadi keperluaan untuk menyediakan keperluan insurans amat penting pada masa ini. Dari insurans kesihatan dan juga lain-lain. Dapatkan seorang agen dan dapatkan maklumat ...

jadi untuk hari ni AbangAbu nak anda buat kerja-kerja ini ok kan.

So jangan kasi alasan apa apa ... kalau betul anda serious buat apa yang disuruh ini...


Tunggu hari ketiga.. :)

Friday, January 24, 2014

10 Hari 10 Kaedah Membetulkan Keadaan Kewangan Anda (Hari Pertama)

Bismillahirrahmanirrahim...

Artikel ini saya dapat dari post Abang Abu motivator kewangan pada 24.1.2013.. Saya nak share kepada rakan-rakan yang kunjungi blog saya..

{HARI 1 KAEDAH 1}

KEMASKINI Akan HUTANG dan KREDIT anda
---------------------------------------------------
a) Dapatkan report kredit anda. Anda boleh hubungi creditbureau.bnm.gov.my dan dapatkan kredit report anda. Ini akan membantu anda memahami keadaan kredit anda dan apa yang perlu dilakukan untuk membetul kan nya.

b) Uruskan kredit anda. Jangan Max out kad kredit anda. Jaga pengunaan dan jangan kerana ada kredit maka di gunakan sewenag-wenangnya.

Pastikan anda belanja apa yang anda mampu untuk bayar balik. Gunakan kredit untuk membawa kebaikan dan bukan masalah.

c) Uruskan Hutang anda. Sekiranya anda dalam keadaan tertekan dan tidak dapat membayar hutang, maka berjumpa dengan pihak yang memberikan anda hutang dan mula berbincang dengan mereka. Jangan cuba untuk melarikan diri dari berjumpa. Lagi awal lagi bagus untuk anda membetulakan keadaan kewangan anda.

d) Jangan mengumpul kad kredit dengan apply semua yang boleh anda mohon... Ini akan membahayakan anda kerana dengan ada kad kredit maka fikiran dan minda anda akan lebih mudah untuk melakukan perbelanjaan yang tidak perlu dan lebih mengikut nafsu.


1) SHARE posting ini kepada yang lain dan ajak lain untuk sama-sama buat benda ni..

Saya akan share untuk 9 hari seterusnya.. tunggu... :)