Friday, January 24, 2014

10 Hari 10 Kaedah Membetulkan Keadaan Kewangan Anda (Hari Pertama)

Bismillahirrahmanirrahim...

Artikel ini saya dapat dari post Abang Abu motivator kewangan pada 24.1.2013.. Saya nak share kepada rakan-rakan yang kunjungi blog saya..

{HARI 1 KAEDAH 1}

KEMASKINI Akan HUTANG dan KREDIT anda
---------------------------------------------------
a) Dapatkan report kredit anda. Anda boleh hubungi creditbureau.bnm.gov.my dan dapatkan kredit report anda. Ini akan membantu anda memahami keadaan kredit anda dan apa yang perlu dilakukan untuk membetul kan nya.

b) Uruskan kredit anda. Jangan Max out kad kredit anda. Jaga pengunaan dan jangan kerana ada kredit maka di gunakan sewenag-wenangnya.

Pastikan anda belanja apa yang anda mampu untuk bayar balik. Gunakan kredit untuk membawa kebaikan dan bukan masalah.

c) Uruskan Hutang anda. Sekiranya anda dalam keadaan tertekan dan tidak dapat membayar hutang, maka berjumpa dengan pihak yang memberikan anda hutang dan mula berbincang dengan mereka. Jangan cuba untuk melarikan diri dari berjumpa. Lagi awal lagi bagus untuk anda membetulakan keadaan kewangan anda.

d) Jangan mengumpul kad kredit dengan apply semua yang boleh anda mohon... Ini akan membahayakan anda kerana dengan ada kad kredit maka fikiran dan minda anda akan lebih mudah untuk melakukan perbelanjaan yang tidak perlu dan lebih mengikut nafsu.


1) SHARE posting ini kepada yang lain dan ajak lain untuk sama-sama buat benda ni..

Saya akan share untuk 9 hari seterusnya.. tunggu... :)

No comments:

Post a Comment