Wednesday, January 29, 2014

10 Hari 10 Kaedah Membetulkan Keadaan Kewangan Anda (Hari Keenam)

Bissmillahirrahmanirrahim..

{Hari 6 Kaedah 6}

Fikir Sebelum Belanja
-------------------------

1) Kumpul dulu baru beli. Jangan terus beli sesuatu benda atau service tanpa berfikir bagaimana anda nak bayar nanti. Tak kira apa benda pun... tengok dulu keadaan kewangan anda .

2) Jangan biasakan pembelian kredit lagi... kalau tak mampu nak beli jangan beli.... kumpul dulu baru beli jangan beli dengan kredit kad dan bayar minima setiap bulan... ini boleh jadikan anda miskin sampai bila bila --- ( tak guna pakai barang mewah tapi hutang semunya )

3) Jangan ambil tindakan yang bersangkut dengan kewangan dalam keadaan beremosi.... pasti akan anda rugi....

Tak kira service tu berbetuk keagamaan ke, ilmu ke, harta ke.... pastikan anda tahu cara nak bayar atau sediakan kaedah bayaran dulu sebelum membuat apa apa tindakan .

4) Jangan terus beli sesuatu, biarkan sehari dua sebelum betul-betul nak beli supaya anda benar-benar pasti itu adalah keperluan.

5) Jangan beli hanya kerana JENAMA...... lagi lagi kalau duit dalam kocek tu belum cukup.

6) Jangan beli apa apa tanpa minta diskaun . period.

PS: ikutlah cakap ABANGABU ini kalau nak selamatkan duit anda ni hilang begitu sahaja....

PSS: Ramai datang jumpa AA dalam keadaan dah KOYAK, dah tak tau macam mana bayar hutang dah.... kredit kad penuh, tapi bukan main penuh dengan pelbagai ilmu tapi tak tau? Ilmu kewangan tu kurang tu..

Jadi .... tunggu kaedah esok 7 ok..?

No comments:

Post a Comment