Friday, February 21, 2014

Istidraj (Bahagian 2)

[Bersambung dari "Istidraj (Bahagian 1)"]
Mungkin anda sendiri pernah melihat dalam kehidupan seharian kita, mungkin ada sesetengah orang yang anda kenali yang berjaya walaupun hidupnya hanya bersandarkan perniagaan yang melibatkan rasuah dan penipuan, bisnesnya mengaut keuntungan yang berlipat ganda, tetapi pada suatu masa ALLAH telah menarik kembali kenikmatan yang diberikannya.
Sebagai contoh, FIRAUN :
Kisah yang paling mudah untuk kita renungkan kembali, adalah kisah Firaun, nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, jauh sekali bersin. Semuanya kerana Allah beri nikmat kesihatan – Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia belum menemui ajalnya, sampai dia begitu angkuh dan meninggi diri, malah zalim dan menyeksa sesama manusia sehingga melampaui batas-batas peri kemanusiaan.
Semuanya kerana beliau merasakan dan mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah juga Allah binasakan dia, dengan merentap kekuasaannya dan menenggelamkan dia dan bala tenteranya di Laut Merah.
Contoh seterusnya, Qarun :
Kita selalu menyebut ‘Harta Karun’ – Istilah itu mungkin bermulanya dengan kisah si Qarun yang banyak harta. Qarun adalah antara yang hidup pada zaman Nabi Musa a.s. Di awal kehidupannya, beliau amat miskin dan mempunyai ramai anak. Namun dia berhati mulia lagi dermawan terhadap golongan faqir miskin.
Lantaran itu, dia pernah memohon Nabi Musa berdoa kepada Allah agar diberikan kekayaan supaya dapat dia membantu mereka yang miskin. Permintaan tersebut dimakbulkan Tuhan. Harta Qarun kini melimpah ruah, gudangnya dipenuhi dengan emas dan perak. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja dibawa oleh ramai orang-orang kuat dan beberapa ekor keldai.
Meskipun begitu Qarun telah lupa daratan dan kufur dengan nikmat Allah yang diberikan kepadanya. Di saat Nabi Musa datang kepadanya dan memohon sedikit pertolongan untuk membantu golongan miskin, Qarun telah membentak dengan mengatakan harta itu hanya untuknya kerana ia hasil dari penat lelahnya sendiri dan bukan untuk dikongsikan!
Lalu dia menerima azab kemurkaan Allah, ditenggelamkan bersama-sama harta bendanya ke dalam tanah di sebuah kawasan yang terletak dalam daerah al-Fayyum, Mesir yang juga dikenali sebagai Danau Qarun. Jadi walaupun kita kaya, jangan sangka kerana Allah sayangkan kita, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
DI SEBALIK KEKAYAAN
Jika difikirkan betul-betul, maka terjawablah keraguan yang mengganggu akal fikiran. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya, rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Fahamilah, jika orang yang membuat berbagai kejahatan, maksiat, zina, mabuk, meninggalkan solat, tidak puasa, dan apa sahaja yang bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi ALLAH tetap berikannya nikmat kesihatan, kekayaan, dan kejayaan kemudian riak dan takbur pula, mungkin sebenarnya dia telah diistidrajkan oleh ALLAH S.W.T. – Mungkin semakin banyak harta dan kekayaannya itu, semakin banyaklah pula dosa-dosa yang dikumpulnya.
TIDAK SEMUA BEGITU…
Namun, janganlah pula tersalah anggap. Apabila melihat orang kaya, bawa kereta besar-besar, terus sahaja kita kata mereka itu orang jahil, kufur, lupa daratan dan telah diistidraj! – Tidak semestinya semua orang begitu.
Alhamdulillah di Malaysia ini masih ramai golongan berada yang kuat pegangan agamanya, jutawan-jutawan juga masih ramai yang terus menerus berbakti ke jalan Allah. Telah ramai yang meninggalkan kebatilan dan melakukan kebaikan. Malah, jika hendak disebut tak terbilang ramainya orang-orang kaya yang suka menderma untuk pembinaan masjid, memberi bantuan pada rumah orang-orang tua dan anak-anak yatim serta mengusahakan berbagai yayasan demi membantu mereka yang kurang upaya.
Yang penting bagi kita yang berjalan di atas landasan yang benar dan hidup dalam cahaya Islam serta mengerjakan segala kewajipan dan meninggalkan segala larangan, janganlah berputus-asa jika menghadapi kegagalan. Cuba…dan cuba lagi sampai anda berjaya kerana ALLAH itu MAHA PEMURAH dan jika kita mendapat keredhaanNYA serta keberkatanNYA, maka tentunya segala urusan kita akan dipermudahkan dan usaha kita akan mendapat keuntungan. InsyaAllah.
Jauhi diri DARIPADA DIISTIDRAJ
  • Sentiasa merendahkan diri ketika berurusan dengan sesama manusia.
  • Sentiasa membelanjakan harta dalam berbakti ke jalan Allah.
  • Sentiasa taat pada perintah ALLAH.
  • Tabah menghadapi dugaan ALLAH dan tidak berputus-asa dari rahmatNya.
  • Sentiasa muhasabah diri. 
 Artikel ini saya ambil dari blog Irfan Khairi(Pakar Perniagaan Internet)

Thursday, February 20, 2014

Istidraj (Bahagian 1)

“AKU MENIPU, BUAT MAKSIAT, TINGGAL SOLAT, TAPI AKU TETAP KAYA!”
Apakah perkara sebegini benar-benar berlaku? Pada entri kali ini tentu sahaja, ada yang tertanya-tanya, apakah benar apa yang dikatakan ini, mungkin ada pula yang berkata, ianya hanya mainan atau khayalan insan jahil itu semata-mata.
Sesungguhnya, ia adalah benar dan pernah berlaku pada ramai individu, lebih-lebih lagi mereka yang hidup kaya raya dan kebanyakan dari golongan atasan yang boleh dikatakan hampir tidak pernah mengalami kesusahan!
Apakah yang dimaksudkan dengan istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus menerus dilimpahkan rezeki, kejayaan dan kekayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malahan seorang yang jahil dalam hukum agama dan pengamal maksiat yang tegar.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak mahu berusaha ke jalan ISLAM, juga tidak suka merapatkan diri pada yang Maha berkuasa, ALLAH S.W.T.
3 situasi yang menghairankan kita :-
  • Boleh dikatakan agak ramai individu-individu yang berjudi, minum arak, tetap dengan mudah boleh berjaya, sedangkan kita yang baik dan meninggalkan segala larangan di dalam Islam ini, terkial-kial walaupun sudah berusaha, berzaman lamanya.
  • Kita yakin, jika berbuat baik, taat pada ALLAH maka segala urusan kehidupan kita akan dipermudahkan. Tetapi kita lihat, mereka yang selalu meninggalkan solat, tidak pernah puasa, jauh sekali memberi zakat, begitu maju perniagaannya sehingga menjadi kaya raya. Kita pula yang hidup dengan penuh daif, miskin dan selalu dalam kesusahan.
  • Islam agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan Islam lebih berjaya. Umat Islam tertindas dalam kehidupan sempit lagi menderita sendirian, tersisih, longlai di tengah-tengah lautan yang menenggelam jiwa yang mudah mengaku kalah dengan arus deras, dugaan dan cabaran dari yang Maha Esa.
Dari Abdullah bin Qais r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
”Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain daripada Allah S.W.T. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah Taala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka pinta.” - SUMBER RUJUKAN JAKIM
Maksud huraian hadith ini adalah..
  • Nikmat Allah S.W.T maha luas dan tiada sesiapapun dapat menyekatnya. Allah juga Maha Sabar dalam setiap urusan-Nya. Manusia yang dijadikan oleh Allah adalah makhluk yang diamanahkan untuk menggunakan nikmat yang diperolehi itu untuk keperluan mendekatkan diri kepada-Nya.
  • Namun begitu ada juga golongan manusia yang menggunakan nikmat Allah tetapi dalam masa yang sama mereka semakin jauh daripada Allah S.W.T. Hal ini terjadi, kerana hati mereka telah mati lantaran nikmat itu diguna atau disalurkan kepada perkara-perkara mungkar termasuklah golongan yang syirik atau kafir yang seolah-olah nikmat itu tidak disedari oleh mereka, dan akhirnya menjadikan mereka semakin sesat dan melupakan Allah.
  • Bagi orang yang kufur tetapi mendapat keistimewaan atau nikmat yang lebih ini mereka dikatakan mendapat ISTIDRAJ iaitu pemberian nikmat Allah yang besar tetapi pemberian itu tidak diredhai-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (at-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Bagaimanakah mereka yang diistidraj?
Manusia yang mendapat istidraj adalah manusia yang takhbur dan lupa daratan. Apalah ertinya hidup ini jika mendapat seribu macam nikmat seperti kaya raya, menjadi jutawan, berkuasa dan sebagainya tetapi sama sekali tidak diberkati malah dibenci oleh Allah S.W.T.
Sepatutnya orang-orang yang kaya dengan berbagai nikmat hendaklah mengunakan nikmat Allah itu untuk kebajikan dan mengabdikan diri ke jalan yang benar agar hidup mereka diredhai Allah, bahkan itulah sifat makhluk yang benar-benar bersyukur.
[Bersambung di "Istidraj (Bahagian 2)"]

Artikel ini saya dapat dari blog Irfan Khairi (Pakar Perniagaan Internet) 

Sunday, February 9, 2014

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya dapat info dari seorang kawan di FB.. tapi saya tak dapat nak tentukan kesahihan info ini..cuma nak share sebagai cabang ilmu tentang bayi yang ada dalam kandungan... ok jom kita baca..


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing.

Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi.

Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya.

Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya.

Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan.

Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan.

Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.

Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...oleh itu bakal2 ibu..elakkan stress semasa mengandung)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.

Sebab itulah bayi nampak comel



Kalau ada rakan-rakan yang dapat komen sila bagitau betul atau pun tidak.tq.. :)

Thursday, February 6, 2014

Tabiat Terbentuk Dalam 40 Hari

Bismillahirrahmanirrahim..

Ikut kajian Psikologi Islam. Nabi bersabda: Barangsiapa yang tidur lepas 'Asar 40 petang berturut-turut akan jadi gila.
"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. " Sesungguhnya tiap orang di antaramu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di alam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air yang kental) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga( 40 hari), kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara: 


1. ditentukan rezekinya, 
2. ajalnya (umurnya) 
3. amalnya (pekerjaannya), 
4. ia celaka atau bahagia “. 

Sahih Al-Bukhari No. 3208. 

Justeru, jika kita ingin mencipta kecemerlaangan, pastikan kita amalkan sesuatu perubahan selama 40 hari, agar perubahan tersebut menjadi satu tabiat yang dapat membantu kita menjadi cemerlang di dunai & di akhirat. Semoga Allah merahmati kita semua & mendidik kita agar istiqamah dalam setiap perkara positif yang kita lakukan. 

Lakukan perubahan dengan sekecil-kecil perkara dahulu.. Contoh baca doa keluar masuk tandas.. baca doa sebelum dan bangun tidur, wirid semasa memandu dan banyak lagi..

Kemudian cuba kepada yang besar sedikit. Contoh membaca al-quran, saolat sunat rawatib, solat dhuha, solat tahajud, solat taubat, solat istikharah dan lain-lain lagi..

Aamiin, sekian, wassalam..

Perkongsian ini saya dapat dari post FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. 
Semoga mendapat keberkatan dengan perkongsian ini.. 


Monday, February 3, 2014

Fiqah Pelihara Haiwan

Bismilahirrahmanirrahim..

Fokus saya kali ini adalah perkongsian daripada majalah al-Ustaz Isu No. 11.  Marilah sama-sama kita hayati..

Memerhatikan trend terkini, masyarakat kita sedang mengembangkan perhatian kepada haiwan peliharaan. Jika sebelumnya, orang Islam hanya memelihara kucing dan ikan, pada masa ini kita melihat anak-anak muda yang suka memelihara haiwan-haiwan eksotik seperti sugar glider, hamster, iguana dan guinea pig. Bahkan ada juga yang cuba-cuba memelihara haiwan berbahaya seperti ular dan labah-labah.

Sebagai Muslim, kita mesti merujuk kepada Islam dalam setiap perilaku kita. Maka dalam soal pemeliharaan haiwan juga tidak terkecuali. Cinta kepada haiwan mesti terikat dengan hukum Islam. Ia tidak boleh dikaitkan dengan perasaan hati yang sangat subjektif. Sikap sebegini boleh membuka ruan untuk menentang hukum-hukum Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

Soalan:
Bolehkah ustaz sebutkan prinsip-prinsip umum dalam memilih haiwan yang boleh dijadikan peliharaan dan yang tidak boleh?

Jawapan:
Asal hukum memelihara haiwan terdapat dalam hadis Nabi s.a.w. tentang kucing. Sabda Baginda maksudnya: "Sesungguhnya ia bukan najis. Ia hanyalah termasuk daripada haiwan-haiwan yang suka berkeliaran bersamamu."(Riwayat Abu Dawud)
Daripada hadis ini kita boleh merumuskan bahawa sifat utama haiwan belaan mestilah suci dan tidak membahayakan. Selain itu, haiwan itu juga mestilah bermanfaat secara syarak. Rasulullah sendiri sangat mencintai kuda sebab ia haiwan yang boleh digunakan untuk berjihad. Begitu juga unta dan keldai, sebab kedua-duanya boleh menjadi kenderaan.
Adapun haiwan yang najis dan berbahaya, begitu juga haiwan-haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh, maka ia tidak boleh dibela walau secomel manapun rupanya. Sebab membela haiwan-haiwan ini dikira melanggar perintah Islam.

HUKUM HAIWAN DALAM ISLAM

Haiwan yang suci
Semua haiwan dihukum suci semasa hidupnya kecuali yang haiwan-haiwan tertentu yang telah ditetapkan najis.

Haiwan yang najis.
1. Babi
2. Anjing
3. Haiwan yang lahir daripada kedua-duanya, atau salah satu daripadanya.

Haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh
1. Ular
2. Gagak
3. Tikus.
4. Anjing gila
5. Burung hering
6. Cicak

Wallahua'lam.. :)