Monday, February 3, 2014

Fiqah Pelihara Haiwan

Bismilahirrahmanirrahim..

Fokus saya kali ini adalah perkongsian daripada majalah al-Ustaz Isu No. 11.  Marilah sama-sama kita hayati..

Memerhatikan trend terkini, masyarakat kita sedang mengembangkan perhatian kepada haiwan peliharaan. Jika sebelumnya, orang Islam hanya memelihara kucing dan ikan, pada masa ini kita melihat anak-anak muda yang suka memelihara haiwan-haiwan eksotik seperti sugar glider, hamster, iguana dan guinea pig. Bahkan ada juga yang cuba-cuba memelihara haiwan berbahaya seperti ular dan labah-labah.

Sebagai Muslim, kita mesti merujuk kepada Islam dalam setiap perilaku kita. Maka dalam soal pemeliharaan haiwan juga tidak terkecuali. Cinta kepada haiwan mesti terikat dengan hukum Islam. Ia tidak boleh dikaitkan dengan perasaan hati yang sangat subjektif. Sikap sebegini boleh membuka ruan untuk menentang hukum-hukum Allah sama ada secara sengaja atau tidak.

Soalan:
Bolehkah ustaz sebutkan prinsip-prinsip umum dalam memilih haiwan yang boleh dijadikan peliharaan dan yang tidak boleh?

Jawapan:
Asal hukum memelihara haiwan terdapat dalam hadis Nabi s.a.w. tentang kucing. Sabda Baginda maksudnya: "Sesungguhnya ia bukan najis. Ia hanyalah termasuk daripada haiwan-haiwan yang suka berkeliaran bersamamu."(Riwayat Abu Dawud)
Daripada hadis ini kita boleh merumuskan bahawa sifat utama haiwan belaan mestilah suci dan tidak membahayakan. Selain itu, haiwan itu juga mestilah bermanfaat secara syarak. Rasulullah sendiri sangat mencintai kuda sebab ia haiwan yang boleh digunakan untuk berjihad. Begitu juga unta dan keldai, sebab kedua-duanya boleh menjadi kenderaan.
Adapun haiwan yang najis dan berbahaya, begitu juga haiwan-haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh, maka ia tidak boleh dibela walau secomel manapun rupanya. Sebab membela haiwan-haiwan ini dikira melanggar perintah Islam.

HUKUM HAIWAN DALAM ISLAM

Haiwan yang suci
Semua haiwan dihukum suci semasa hidupnya kecuali yang haiwan-haiwan tertentu yang telah ditetapkan najis.

Haiwan yang najis.
1. Babi
2. Anjing
3. Haiwan yang lahir daripada kedua-duanya, atau salah satu daripadanya.

Haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh
1. Ular
2. Gagak
3. Tikus.
4. Anjing gila
5. Burung hering
6. Cicak

Wallahua'lam.. :)

No comments:

Post a Comment