Monday, September 15, 2014

SENARAI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini sedang duk sibuk cari resepi nak masak apa..tiba-tiba dapat link daripada blog  Blogger Kampung yang menyenaraikan senarai terkini senarai produk halal keluaran bumiputera islam.. Ok jom kita layan entri bermanfaat ini..

Dini hari semakin kerap kita lihat pelbagai barangan keperluan harian yang kita beli telah dicemari bahan tidak halal iaitu mengandungi DNA Babi (khinzir) walaupun pada barangan tersebut tertampal logol halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Tahukah anda..di kedai-kedai dan di pasaraya-pasaraya sekarang ini terlalu banyak barangan makanan y ang dikeluarkan oleh orang bukan islam.. jenama barangan terkenal pula tu… kadang2 jenama yang digunakan mengelirukan seolah-olah dikeluarkan oleh orang Islam sendiri… hakikatnya barangan itu dikeluarkan oleh orang bukan islam..tetapi mendapat kelulusan halal oleh JAKIM..seperti mana baru-baru ini kita dipanaskan dengan berita mengenai Coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi..walaupun padanya terdapat logo halal yang telah dikeluarkan oleh JAKIM 
Di bawah ini saya sertakan SENARAI PRODUK HALAL KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM untuk keperluan harian anda… bertukarlah kepada barangan berjenama seperti senarai di bawah.. kalau boleh elakkanlah kita menggunakan barangan makanan yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam… ini kerana mencari yang halal itu adalah fardhu bagi kita….

1. Roti – Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Minyak Masak
-Tiara (FGV-FELDA)
- SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
- ADELA (FGV-FELDA)
3. Susu Pekat Manis
– SAJI (FGV-FELDA)
- ALIF (Sime Darby)
4. Susu Cair – Saji (FGV-FELDA)
5. Mee Segera
– SajiMee Saji (FGV-FELDA)
- ADABI
6. Beras – FAEZA
- Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
- Langsat Hijau (JUARA SELERA)
- Juara Selera
7. Garam – HALAGEL (garam bukit)
8. Kicap Masin/Manis – Kipas Udang
- Tamin
- ALIF (Sime Darby)
- Rohaya
- JALEN (Johor)
9. Sos Cili/Tomato/Tiram – ZUZA (Kedah)
- Rohaya
- ADABI
- Pelangi (FELDA)
10. Cuka Buatan
– Mudim
- Rohaya
11. Tepung Gandum – FAEZA
12. Tepung Perasa/ Goreng – ADABI (tepun ayam)
- ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)
13. Rempah Masak – ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans
14. Kunyit – AGROMAS
15. Jagung Tin manis – ADABI
16. Pasta spaghetti – ADABI
17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)
18. Taucu – JALEN, Tamin
19. Jus Pekat Buah2an – Tamin
20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin
21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)
22. Marjerin – Pelangi Delima Oil(FELDA)
23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
24. Jem – Peanut SunBear (FELDA)
- Jem Strawaberry – AGROMAS
25. Kopi 3-in-1 – ADABI-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
i. -Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)
26. Biskut Coklat – GOODKISS (Noraini’s Cookies)
27. Frozen Daging Burger/ Nugget – RAMLY, NAFAS, AYAMAS
28. Sardin Agromas
29. Sardin Pertima
30. Bihun Sufi
31. Mi Kuning Sufi
32. Kuey Teow Sufi
33. Garam Sufi
34. Sos Lada Hitam Sufi
35. Sos Cili/Tomato Sufi
36. Kicap Masin/Manis Sufi
37. Tepung Goreng Sufi
38. Minyak Masak Sufi
39. Telur Cap Sufi
40. Ubat gigi Najwa
41. Ubat gigi Halagel
42. Tepung gandum Cap Bidara
43. Jus minuman Safina
44. Syampoo D’herbs
45. Bihun Kampung
46. Rempah- Imans
47. Rempah-Brahim’s
48. Bihun- FAEZA
49. Jeruk Buah-buahan – jenama PAK ALI
50. Kedai Kasut Sukan – ALIKHSAN
51. Kuah Rojak/Garam Belacan – ZUZA, PAK ALI, FAMA

*Mencari yang Halal itu FARDHU

Saya share ilmu ini kepada pengunjung blog saya, kalau tuan-tuan dan puan-puan nak share juga.. silakan... :)

No comments:

Post a Comment