Resepi

Bismillahirrahmanirrahim..

Selasa, 05.08.2014

Hari ni nak masak sup telur ayam kampung. Mak sponsor telur ayam kampung dari Bandar Tenggara satu papan. AKu berdua je makan dengan suami..

Resepi didatangkan khas dari post FB page Aneka Resepi Telur. Terima kasih pada admin nya.. saya share la resepi yang simple ni..

Jom layan!

Sup Telur

Bahan-bahan:
3 biji kentang dikupas dan di potong
5 biji telur
sedikit soohun
sedikit fucuk
1 kiub ayam
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dihiris halus)
air secukupnya untuk kuah
garam secukup rasa
lada hitam kisar
sedikit bawang goreng
hirisan daun bawang

Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus hingga harum, masukkan kentang dan kacau rata. Tuang air secukupnya hingga kentang tenggelam, masukkan kiub ayam. Biarkan kentang empuk.


2. Pecahkan telur satu persatu ke dalam periuk, tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. (kalau takut pecah, masak telur dalam kuali atau periuk yang berasingan. masak air hingga separuh mendidih, kemudian masukkan telur hingga separuh keras)

Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. Kacau berhati-hati. Masukkan fucuk dan soohun. Tambah garam secukup rasa serta lada hitam.

3. Masak dengan api sederhana hingga fucuk lembut. Rasa dan tambah garam jika perlu.
Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Sumber: dielacraft.blogspot.com


Gambar ihsan dari page Aneka Resepi Telur

__________________________________________________________________________________


Bismillahirrahmanirrahim..

Rabu, 06.08.2014

Hari ni hari ke 3 aku dan suami menunaikan ibadah puasa enam. Semoga ianya akan berakhir dengan sempurna sehingga hari ke 6 pada Sabtu nanti. Insya Allah. Seperti biasa plan untuk masak setiap kali balik kerja. Tapi dah habis idea nak masak apa. Setelah seminggu  asyik makan makanan yang berlemak. Al maklum lah hari raya. Rendang, lodeh, lemang kari dan segala bagai yang berlemak.

Dari pejabat dah terasa nak makan tomyam. Sebenarnya dah lama dari minggu akhir puasa dah nak makan.Tapi asik tak jadi je nak masak.. Jadi masa dekat pejabat saya dah google  dan saya dapat resepi untuk membuat tomyam thai dengan pes yang dimasak sendiri daripada blog Azie Kitchen. Tengok bahan macam senang je..jadi saya ambil keputusan untuk buat pes sendiri untuk kelainan dalam masakan saya. Baru lah thrill hihi.. Dari pejabat dah tulis nak beli bahan apa. Balik pejabat terus singgah Gian Kota Damansara dan terus tuju tempat nak beli bahan-bahan yang diperlukan.

Ok tak nak buang masa saya sertakan resepi Tomyam Thai Yang Sedap(ambil nama sama dengan resepi dari tuan punya blog)


Tomyam Thai
diolah: Azie Kitchen

Bahan Pes Tomyam :
7 ulas bawang merah 1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inchi lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau perut
1 inci belacan - dibakar
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara-cara masak pes tomyam :
Semua bahan di atas dikisar.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes tomyam.
Boleh dibuat banyak dan simpan.

Bahan Sup Tomyam :

Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala) - ikut selera masing-masing nak letak apa
1 labu bawang besar - dipotong 6
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
2 batang serai - diketuk
6 helai daun limau perut
2 biji tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam (tak letak pun takpe)
1 sudu besar sos ikan (tak letak pun takpe)
2 biji limau nipis (kalau tak nak masam 1 biji pun cukup)
3 sudu besar susu cair (tak letak pun takpe)
6 biji cili pada - diketuk
Garam
Daun ketumbar


Sayuran :
Bunga kobis
Carrot
Cendawan
Putik jagung

Cara-cara membuat sup tomyam :
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan kiub tomyam, bawang besar, bawang putih dan daun limau perut, serai, cili padi dan lengkuas.

Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa-apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.

Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur-sayuran. Kemudian masukkan pes tomyam yang sudah kita buat wal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

Tutup api masukkan susu cair, kacau dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa panas.

Tara..dah siap!




Gambar ihsan blog Azie Kitchen(hihi saya ni tak berapa minat nak ambil gambar bagai) jadi minta ihsan gambar orang lain

No comments:

Post a Comment