Saturday, October 31, 2020

Kenapa Orang Perempuan MESTI Ada Income Sendiri..

Ada satu hari, saya berbual dengan cikgu saya. Dia cerita kenapa kita kena banyak duit. Saya speechless bila dengar dia share. 

Kita tak pasti apa akan terjadi masa akan datang. Maksud saya apa berlaku pada suami, pada hubungan, pada diri sendiri. Hanya Allah yang tahu.

Balik rumah saya fikir sedalam-dalamnya. Lepas tu saya dapat pulak satu doa yang dalam dia ada menyebut “ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku kaya, berjaya, bahagia dan berkah dengan izin Mu. Jadikan aku orang yang boleh memberi derma dan zakat yang banyak Ya Allah.. “

Dengan pengalaman saya buat bisnes dah masuk tahun ke 11. 8 tahun lebih buat part time. 3 tahun lebih full time, majoriti perempuan yang ramai nak cari extra income.

Sebab utama:
1. Berhenti kerja sebab nak jaga anak. Risau nak hantar pengasuh.
2. Gaji suami tak cukup nak tampung belanja pelbagai.
3. Kerja, tapi bila hari gaji, dapat pagi, petang baki dah tinggal berapa je nak hadap sampai cukup bulan.

Ok 3 je saya nak share. Nak listkan panjang lagi.

Apa yang saya nak bagitau ni.. Khas untuk kaum saya, PEREMPUAN

Terangkan pada suami betul-betul tujuan u olls nak jana income tingkatkan ekonomi rumahtangga sendiri. Jangan merungut. Belajar bisnes.

Mula dengan dropship, buat affiliate, menjahit, memasak atau apa-apa kemahiran yang u olls ada, yang boleh jana income. Servis lipat baju paling simple hokay.

Hidup ni kena ingat Allah sentiasa bagi kita dugaan dan cabaran. Barulah kita boleh jadi orang yang kuat dan kental. Modal bisnes sebenarnya bukan duit tapi ilmu dan usaha yang kita buat sepenuh tenaga kita.

Isteri mithali kena bantu suami tingkatkan ekonomi keluarga. Suami hensem mestilah lebihkan family dari kawan lepak mamak.


Nak tahu cara macam mana nak mula cari duit poket? Klik sini untuk dapatkan info 

p/s: Cer komen kat bawah ni, bagitau dengan saya SETUJU ke 3 sebab utama kat atas tu? Saya tunggu tau! 😉