Thursday, November 5, 2020

5 Sebab Mengapa Kena Buat Bisnes Online Sekarang..

Berikut adalah 5 sebab mengapa u olls kena mula mula buat bisnes online:

1. Tak Perlukan Modal Yang Besar

Untuk mulakan bisnes online ni u olls tak payah nak tunggu ada kedai yang perlukan kos awal yang tinggi. Bisnes online ni tak payah nak guna modal yang besar dan kalau nak sediakan modal, jauh lebih murah berbanding bisnes offline yang perlukan kedai fizikal untuk bermula. 

2. Tak Perlukan Pendidikan Yang Tinggi
Untuk menjadi seller online, sijil dan sebagainya tak menjamin kejayaan bisnes u olls. Hanya perlukan ilmu bisnes yang betul je.

3. Boleh Dilakukan Dimana Saja
Bisnes online ni 
boleh dilakukan kat mana-mana sahaja asalkan u olls ada handphone atau laptop dan akses internet. Sebab itulah ramai surirumah yang dah rebut peluang buat bisnes onlien ni.

4. Risiko Yang Rendah
Kelebihan bisnes online ialah u olls tak perlu menampung kos sewa kedai fizikal dan kos overhead yang sering merisaukan peniaga sekiranya keuntungan tak mampu menampung kos semua tu. Tak semestinya kena ada produk sendiri untuk mula. Boleh je mula dengan jual produk orang lain.

5. Bebas Masa
Bisnes online ni ada masa yang fleksibel dan bebas nak buat apa je kerja lain lagi. Sebab itulah ramai surirumah memilih untuk berniaga online untuk jana pendapatan sampingan mereka. Sambil uruskan kerja rumah dan anak, sambil itu boleh menjana duit juga.

Buat bisnes online ni apa yang best ialah kebebasan masa. 

Kalau lah antara 5 sebab ini dapat mengerakkan u olls untuk mencuba sesuatu yang baru, apa kata inilah masanya u olls cuba memulakan online u olls!


Nak mula buat bisnes online dengan affiliate?

Yakin dan percaya meniaga online adalah perniagaan yang boleh mula bila-bila masa sahaja


Wednesday, November 4, 2020

Nota Ringkas, KONVENSYEN SURI 2020

Nota ini perkongsian ihsan sahabat saya semasa kami sama-sama sertai Konvensyen Suri anjuran Surirumah Rahmah pada 17.10.2020 yang lepas. Konvensyen berlangsung secara live di FB private group.

Ada 3 ahli panel yang sudi meluangkan masa dan share ilmu kepada peserta-peserta. 

Slot pertama diterajui oleh Encik Akif Basri dengan tajuk Suri, Sihat Mental Sihat Fizikal. Boleh rujuk nota sahabat saya di sini

Slot kedua diterajui oleh Ummi Profazz dengan tajuk Suri, Ibu Cemerlang, Anak Gemilang. Boleh rujuk nota di sini 

Slot ketiga diterajui oleh Ustazah Asma'Harun dengan tajuk Suri, Dirimu Begitu Berharga. Boleh rujuk nota di sini

Alhamdulillah.. konvensyen berjalan lancar walaupun secara live. Pilih untuk bersama dengan orang-orang yang sama dengan circle kita. Pedulikan apa orang lain nak kata, dan apa kata-kata bisikan yang selalu mengganggu diri kita. 

Buat sahabat FB saya Adhwa' Nadirah Jamaludin, terima kasih perkongsian nota. Betul-betul berharga untuk di kongsi kepada sahabat-sahabat lain. 































Tuesday, November 3, 2020

Hati-Hati Dengan Kandungan Bahan Kimia Yang Ada Dalam Produk Kegunaan Harian Kita

 [ 19 BAHAN KIMIA DALAM PRODUK HARIAN YANG BERBAHAYA KEPADA KULIT ANDA ]

Cuba perhatikan produk-produk harian yang u olls pakai sekarang. Ada ke mengandungi bahan-bahan yang saya share di bawah ni? Baca betul-betul isi kandungan perlahan-lahan. Apalah sangat nak habiskan baca dalam 10 minit daripada ianya akan meberikan kesan negatif sepanjang kehidupan u olls.

Ok jangan panik. jom baca dulu apa dia 19 bahan itu.

1. BHA / BHT
Digunakan untuk meringankan kulit, BHA dan BHT dianggap oleh Program Toksikologi Negara sebagai karsinogen yang berbahaya. Dalam kajian, haiwan yang terdedah kepada bahan kimia ini berisiko mendapat kanser perut dan kerosakan hati, dan mengakitbatkan komplikasi dengan organ tiroid dan reproduksi mereka. Diharamkan di Eropah.
2. Natrium Borate / Asid Borik
Bahan kimia ini mengganggu hormon dan menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki. Biasa dikaitkan dengan jumlah sperma yang rendah. Ia menyerap dengan mudah melalui kulit dan digunakan dalam krim lampin. Diharamkan di Eropah dan Kanada, dan industri kosmetik menyatakan tidak selamat bagi bayi.
3. Bat Coal
Anda boleh mencari tar arang batu yang masih digunakan dalam pewarna rambut dan kelemumur dan shampoo psoriasis. Ia diiktiraf sebagai karsinogen oleh Agensi Antarabangsa Penyelidikan Kanser. Selalunya dalam ramuan ingredian tu, ia akan sekali dengan aminophenol, diaminobenzene, dan phenylenediamine.
4. Pengawet Formaldehid
Satu lagi agen penyebab kanser yang diketahui, formaldehida juga merosakkan otak, mengganggu perkembangan dan perkembangan kanak-kanak, dan menggalakkan asma. Pengawet ini secara perlahan melepaskan formaldehid untuk mengekalkan produk penjagaan kulit daripada rosak. Ini sering mencetuskan reaksi alahan pada kulit. Jika anda pernah mengalami alergi sentuhan selepas menggunakan losyen kulit, mungkin ia mempunyai satu bahan: DMDM ​​Hydantoin (sangat biasa), diazolidinyl urea, imidazolidinyl urea, methenamine, dan quaternium-15.
5. PEG Compounds
Ini mempunyai banyak nama seperti Propylene glycol, polietilen glikol, atau polioxyethylene kerana ia adalah sebatian berasaskan petroleum. Tapi ada juga nama-nama lain untuk ini macam; perkataan dengan "-eth" atau "-oxynol" di dalamnya, ia mungkin satu daripada PEG ini. Bahan kimia ini boleh dicemari dengan 1,4-dioksana, bahan kimia yang dikatakan oleh FDA boleh menyebabkan kanser.
6. Merkuri
Anda tahu merkuri adalah buruk, tetapi beberapa kosmetik menggunakannya untuk meringankan kulit. Ia menyerap dengan mudah melalui kulit anda dan dengan penggunaan yang tertentu anda berpotensi menghadapi keracunan merkuri. Keluarkan produk dengan "calomel," "mercurio," "mercurio chloride," atau hanya "mercury" lama.
7. Hydroquinone
Satu lagi pelembut kulit, ia menyebabkan penyakit kulit dipanggil ochronosis yang mempunyai lesi hitam dan biru yang boleh menjadi kekal. Dalam haiwan, kajian mendapati pendedahan yang cukup membawa kepada perkembangan tumor.
8. Oxybenzone
Sapuan mengelak sinaran UV matahari menggunakan oxybenzone untuk menyerap cahaya UV. Pada manusia, bahan kimia ini menyebabkan kerengsaan kulit dan reaksi alergi. Kajian haiwan melaporkan ia berfungsi sebagai pengganggu endokrin dan mengganggu aktiviti hormon.
9. Triclosan
Anda akan dapati ini dalam banyak sabun tangan antibakteria dan pembersih tangan. Tetapi ia juga digunakan dalam deodoran, pembersih kulit, dan ubat gigi. Ini satu lagi penyebab endokrin yang merosakkan hormon thyroid dan reproduktif anda.
10. Parabens
Anda mungkin pernah melihat produk yang memasarkan diri sebagai "paraben-free." Bahan kimia ini meniru estrogen dan menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Elakkan produk dengan paraben untuk mengelakkan masalah pembiakan seperti ketidaksuburan atau pertumbuhan yang perlahan dan gangguan perkembangan pada kanak-kanak.
11. "Wangian"
Juga dipanggil minyak wangi, istilah-istilah ini menunjukkan campuran bahan-bahan yang syarikat-syarikat kosmetik tak perlu mendedahkan kepada anda. Beberapa wangian telah dikaitkan dengan reaksi alergi, asma, dan kesukaran bernafas manakala yang lain mempunyai hubungan dengan kanser.
12. Phthalates
Ramuan yang biasa dalam "wangian," phthalates menghalang testosteron dan merosakkan sistem pembiakan lelaki. Bahan kimia berbahaya ini juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara.
13. Minyak distilasi
Digunakan dalam maskara, bahan-bahan ini berasal dari penapis minyak dan sering mengandungi kekotoran yang berkaitan dengan kanser.
14. Siloxanes
Ini, dan ramuan yang serupa dilabel sebagai "methicones," melembutkan dan licin kulit. Mereka juga mengganggu hormon anda dan mengganggu kesuburan anda.
15. Natrium Lauryl (Laureth) Sulfat
Dalam kebanyakan syampu, sabun, dan pembersih. Ia mungkin mengandungi 1,4-dioksana, karsinogen yang dikenali, dan etilena oksida, bahan kimia yang diketahui membahayakan sistem saraf anda.
16. Toluene
Digunakan untuk menggilap kuku, toluene juga digunakan dalam penipisan cat. Ia mengganggu sistem imun manusia dan mungkin terikat dengan perkembangan limfoma malignan.
17. Retinol, atau Retinyl Palmitate / Acetate
Sebatian vitamin A ini tidak selamat untuk kegunaan kulit. Sinar matahari akan memecahkan sebatian mereka dan akan mencipta radikal bebas yang meningkatkan risiko kanser kulit.
18. Fungisida
Digunakan dalam syampu kelemumur, bahan-bahan ini dapat menghapuskan masalah-masalah longkang apabila dibasuh ke dalam longkang dan ke alam semula jadi. Penyelidik melaporkan bahawa satu fungisida, climbazole, membunuh organisma kecil seperti alga dan menghentikan pertumbuhan tumbuhan dan ikan yang lebih besar.
19. Nanopartikel
Banyak kosmetik kini menggunakan nanopartikel untuk menyampaikan bahan kimia ke permukaan kulit. Kebanyakan produk yang mengandungi bahan ini tidak dinilai untuk keselamatan. Sesetengahnya juga digunakan dalam penyembur yang membolehkan zarah untuk memasuki paru-paru dan aliran darah.

Ok, banyakkan? Jadi nak buat apa sekarang? Macam saya cakap awal tadi, jangan panik. Ambil masa untuk baca bila nak beli barang-barang keperluan harian dan juga kosmetik. Kalau ada, cuba elakkan. Dalam masa sama, perlahan-lahan cuba cari produk-produk yang tak ada bahan-bahan tu. Ada je sekarang dekat pasaran yang tak ada bahan-bahan tu. Nak tahu? Cuba klik sini

Bertukarlah kepada produk yang lebih selamat di pasaran. Kenapa memilih untuk bahayakan kulit anda? I love my skin!

Untuk step permulaan u olls berubah, apa kata mulakan dengan sabun cuci pinggan dan juga sabun mandi. Nak belajar macam mana? meh klik sini saya share..
Gambar ni sabun badan buatan sendiri. Biasanya untuk gift.

Sabun cuci pinggan

Sabun badan


Monday, November 2, 2020

Hilang Kerja Bukan Hal Remeh..

Saya boleh bayangkan betapa susahnya mereka yang hilang pekerjaan semasa pandemik ni. Cumanya bayangkan dan rasai sendiri situasi ini tak akan sama. Saya boleh kata saya “faham”, tapi selagi bukan kita sendiri yang hadap situasi ini, dah tentu susah untuk saya faham apa yang berlaku. Cuba bayangkanlah mereka itu adalah tunggak dalam keluarga. Mereka yang mencari sumber pendapatan untuk keluarga tiba-tiba kena berhenti kerja, mesti keluarga mereka akan terasa kehilangan sumber pendapatan dalam keluarga.

Baiklah.. Dalam situasi ini nak atau tak, suka atau tak suka, hidup ini mesti diteruskan. Nak tunggu bantuan atau apa-apa belum tentu ada atau belum tahu ada atau dapat. Kawan saya ada create group belajar buat bisnes sandwich secara online.

Saya suka tengok hasil student yang berjaya buat sandwich dan dalam masa sama mereka boleh menjual di kawasan setempat.

Kalau anda baca artikel ni share la artikel ni di mana-mana dan pada sesiapa sahaja.. Mana tahu dengan perkongsian ini sekurang-kurangnya anda dapat bantu mereka untuk buat pilihan untuk mula bisnes sandwich di group FB Buat Duit Dengan Bisnes Sandwich Premium..

Ini Group Facebook Buat Duit Dengan Bisnes Sandwich since 2017 lagi.