Thursday, November 5, 2020

5 Sebab Mengapa Kena Buat Bisnes Online Sekarang..

Berikut adalah 5 sebab mengapa u olls kena mula mula buat bisnes online:

1. Tak Perlukan Modal Yang Besar

Untuk mulakan bisnes online ni u olls tak payah nak tunggu ada kedai yang perlukan kos awal yang tinggi. Bisnes online ni tak payah nak guna modal yang besar dan kalau nak sediakan modal, jauh lebih murah berbanding bisnes offline yang perlukan kedai fizikal untuk bermula. 

2. Tak Perlukan Pendidikan Yang Tinggi
Untuk menjadi seller online, sijil dan sebagainya tak menjamin kejayaan bisnes u olls. Hanya perlukan ilmu bisnes yang betul je.

3. Boleh Dilakukan Dimana Saja
Bisnes online ni 
boleh dilakukan kat mana-mana sahaja asalkan u olls ada handphone atau laptop dan akses internet. Sebab itulah ramai surirumah yang dah rebut peluang buat bisnes onlien ni.

4. Risiko Yang Rendah
Kelebihan bisnes online ialah u olls tak perlu menampung kos sewa kedai fizikal dan kos overhead yang sering merisaukan peniaga sekiranya keuntungan tak mampu menampung kos semua tu. Tak semestinya kena ada produk sendiri untuk mula. Boleh je mula dengan jual produk orang lain.

5. Bebas Masa
Bisnes online ni ada masa yang fleksibel dan bebas nak buat apa je kerja lain lagi. Sebab itulah ramai surirumah memilih untuk berniaga online untuk jana pendapatan sampingan mereka. Sambil uruskan kerja rumah dan anak, sambil itu boleh menjana duit juga.

Buat bisnes online ni apa yang best ialah kebebasan masa. 

Kalau lah antara 5 sebab ini dapat mengerakkan u olls untuk mencuba sesuatu yang baru, apa kata inilah masanya u olls cuba memulakan online u olls!


Nak mula buat bisnes online dengan affiliate?

Yakin dan percaya meniaga online adalah perniagaan yang boleh mula bila-bila masa sahaja


No comments:

Post a Comment