Thursday, October 31, 2013

Strategi Membayar Balik Hutang Kad Kredit

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini saya nak share artikel yang saya baca dalam Majalah IK Isu 04. Artikel ditulis oleh Irfan Khairi Usahawan Internet yang terkenal pada masa kini.

Kad kredit sememangnya "berhantu!" Tanpa disedari, tiba-tiba sahaja berbagai-bagai hutang kad kredit yang membelit diri, sekiranya kita tidak mengamalkan langkah berhati-hati di dalam perbelanjaan.

Membayar balik hutang kad kredit juga mempunyai strategi. Strategi yang salah, hanya akan melewatkan sahaja bayaran balik kad kredit kita. di samping menambahkan "interest" yang perlu dibayar.

Terdapat pelbagai cara untuk membayar balik hutang kad kredit.

1. Senaraikan kesemua hutang kad kredit anda. Tidak kira sama ada anda hanya mempunyai satu kad kredit atau sepuluh. Susun kesemuanya di atas meja dan senaraikan jumlah hutang yang ditanggung untuk setiap satu kad kredit. Langkah pertama ini adalah untuk melihat dengan jelas situasi kad kredit anda dan tidak lari dari realiti hutang kad kredit.

2. Senaraikan jumlah baki minima yang perlu dibayar untuk setiap kad kredit. Baki minimum ini adalah untuk memaklumkan anda jumlah bayaran minima yang perlu anda jelaskan setiap bulan, supaya tidak dikenakan denda atau bayaran tambahan. Jelaskan baki minima ini setiap bulan untuk menjimatkan wang anda.

3. Kira jumlah bayaran bulanan yang anda boleh jelaskan untuk kad kredit anda. Ini tidak termasuk jumlah minima yang anda perlu bayarkan. Mungkin setiap bulan, anda boleh sediakan peruntukan contohnya, RM200(lebih banyak, lebih bagus) untuk bayaran balik kad kredit anda. Keseluruhannya jumlah yang diperuntukkan ini bersama jumlah minima, salurkan pada baki kad kredit yang paling rendah sekali.

4. Dengan memberi fokus terhadap usaha dan wang anda untuk melangsaikan baki kad kredit yang paling rendah, ia dapat memberi semangat dan motivasi kepada diri sendiri apabila melihat keseluruhan kad kredit tersebut telah dilangsaikan!

5. Apabila hutang kad kredit yang pertama sudah dilangsaikan, TAHNIAH! Anda perlu rasa seronok dan gembira atas pencapaian tersebut. Langkah seterusnya adalah untuk anda peruntukan pula bayaran bulanan anda seperti contoh di atas, RM200.00 serta baki minima yang anda bayar pada kad kredit pertama itu tadi, kepada kad kredit kedua yang terendah. Dalam kata lain, RM200.00 (jumlah diperuntukkan bulanan) + baki minima kad kredit pertama (yang anda tidak perlu untuk jelaskan lagi) + baki minima kad kredit kedua. Anda akan dapat, melangsaikan hutang kad kredit kedua dengan lebih mudah dan cepat!

6. Ulang langkah tersebut sehingga jumlah hutang kad kredit kedua telah dilangsaikan.

7. Teruskan strategi bayaran balik ini untuk kad-kad seterusnya seperti kad kredit yang ketiga, RM200 (jumlah diperuntukkan untuk bulanan) + baki minima kad kredit pertama dan kedua (yang tidak perlu dijelaskan lagi) + baki minima kad kredit ketiga!

8. Ulang sehingga bayaran hutang kesemua kad kredit anda selesai!

Walau sekiranya keadaan kad kredit kita dilihat seperti mustahil untuk dijelaskan, tetapi dengan strategi, teknik dan juga disiplin yang tinggi, sudah pasti untuk melangsaikan hutang kad kredit adalah tidak mustahil. Tanamkan rasa gembira dans eronok dalam menyimpan dan melangsaikan hutang. Bukannya rasa gembira dan seronok membelanjakan wang. Dengan ini, pastinya kewangan kita akan menjadi lebih terjamin lagi!

Salam inspirasi kejayaan,

Irfan Khairi

Sunday, October 27, 2013

Sentuhan Prof. Dr. Muhaya - "Memahami Reset Minda"

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. minggu ini adalah minggu yang cukup sibuk bagi diri saya.. tapi alhamdulillah.. saya dapat lalui dengan tenang dan positif..

Hari ini saya nak sambung perkongsian saya melalu bacaan saya pada buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya Sejernis Sinar Matamu.

Perkongsian mukasurat 46.

1. Mesti pandai menjaga minda kita jangan tercemar dengan perkara negatif. Apabila minda terkawal emosi juga akan terkawal dan tindakan akan terkawal.

2. Mulakan menulis semua emosi kita pada setiap hari. Dengan cara itu kita akan tahu perasaan kita sendiri.

3. Cara membuat skrip kehidupan adalah dengan gambarkan dalam minda kehidupan yang kita mahu dan tulis dalam bentuk tulisan dan sentiasa baca dan kekalkan gambaran itu dan bertindak ke arah itu dan yakin Allah akan makbulkan.

4. Saring fikiran dengan membenarkan perkara positif sahaja berada di minda kita.

5. Muhasabah diri, lihat diri jangan asyik melihat kesilapan orang.

6. Berprasangka baik kepada Allah.

7. Tingkatkan amalan dengan Allah untuk kuatkan akidah kepada Allah.

8. Jangan tidur sebelum memaafkan semua orang yang pernah menyakitkan hati kita.

9. Tanamkan keyakinan lebih kepada Allah bahawa Allah sentiasa bersama-sama kita dan hanya  Allah yang boleh membantu kita, bukan bergantung keyakinan kepada manusia. Manusia tidak boleh membantu kita seperti Allah membantu kita, kerana sifat Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang itu tidak akan sama dengan sifat pemurah dan kasih sayang manusia. Masalah manusia adalah kerana lebih yakin kepada manusia daripada menyakini Allah, dan lebih banyak meminta daripada manusia daripada berdoa kepada Allah dan lebih mencari penghargaan manusia daripada mencari redha Allah.Jom ingat Allah dan Kaabah menjadi kiblat kita setiap kali dalam solat. Jangan ubah kiblat hidup untuk keuntungan dunia yang sedikit.

10. Setiap saat pertama, esakan Allah. Kedua, ikhlaskan diri dalam amalan dan jangan bertangguh mengerjakan suruhan Allah. Ketiga, jangan malu kepada manusia tetapi malulah kepada Allah. Hentikan menyebut perkataan "apa orang kata" tapi fikirkan "Apa pandangan Allah".

11 Sebelum berdakwah baiki diri sendiri terlebih dahulu dari segi perangai kita dengan manusia dan sikap kita dengan Allah serta bermurah hati dengan orang disekeliling kita. Apabila akaun emosi kita tinggi dan kita disukai dan disayangi orang, senang kita untuk menasihati orang. Jangan menghukum orang tetapi berikan kasih sayang dan rasa kasihan kepada mereka dan doakan mereka, insya-Allah mereka akan berubah dan mendenganr nasihat.

12. Jom berdoa, kepada Allah setiap hari supaya hati kita lembut dan suka kepada kebaikan dan mudah melihat kelemahan diri sendiri dan ingin mengubah dunia dalaman kita untuk mengubah dunia luaran kita dan hasil kehidupan kita.

13. Sayangi dan hargai diri sendiri. Hentikan mengutuk diri sendiri dan hormati diri sendiri, kerana apa yang kita beri itu yang kita akan dapat. Katakan, saya suka kehidupan saya, saya mahu menjadi seorang yang hebat di mata orang dan di mata Allah.

14. Seterusnya lihat diri sendiri di cermin, berdoa dan bercakap kepada diri kita yang sayangi diri kita dan kita hendak menjaga kesihatan kita, amalan kita supaya kita dapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat. (Sebenarnya ini adalah satu situasi atau proses kita berbicara kepada roh kita atau kita bercakap kepada sifat kanak-kanak dari kita, yang bersifat dan mempunyai roh yang baik dan suci, kerana setiap kelahiran bayi atau kanak-kanak dalam keadaan baik, suci dan hebat).

15. Bayangkan apa yang kita nak capai dan yang kita hendak buat pada esok hari setiap kali masa lima minit sebelum kita tidur. Bayangkan dalam "Minda bawah sedar" ini penting kerana pada keesokan harinya "minda sedar" akan melaksanakan semua perkara dan tingkah laku yang dibayangkan oleh "minda bawah sedar".

16. Katakan berulang kali segala perkara yang menjadi impian kita pada bila-bila masa, biarpun kita tidak tahu macam mana untuk mencapai segala hajat kita angan-angankan dan menjadi impian kita. 


Thursday, October 24, 2013

PEGAWAI BANK DITEMBAK MATI

Bismillahirrahamnirrahim..
Innalillahiwainna ilaihiraji'un 
Artikel ini saya ambil dari FB Dr. Zaharuddin.net Mohon rakan-rakan semua renung-renungkan..
Tersebar melalui whatsapp gambar wanita Pegawai Bank yang ditembak di wajahnya. Sekali lagi sebahagian dari orang kita, kelihatan tidak menggunakan aqal ketika menyebarkannya. Sejak dahulu (ketika isu Nurin) beliau telah menulis hukum MENYEBARKAN GAMBAR INI ADALAH HARAM.

Rujuk tulisan penuh beliau di http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=613&Itemid=72

Secara ringkas ia adalah kerana sebab berikut :-

1) Ia tidak mendapat izin pihak keluarga Al-Marhumah. Sudah tentu tiada keluarga yang ingin disebarluaskan gambar jenazah ahli keluarganya yang meninggal dunia terutamanya jika ia dalam keadaan tidak menyenangkan.

Justeru, ia dikira adalah hak peribadi yang bersifat persendirian atau ‘private and confidential'. Hasilnya, penyebaran ini dikira membuka dan mendedahkan rahsia orang lain yang tidak diizinkan oleh Islam untuk dilakukan. Ia juga mencarikkan maruah al-marhumah dan keluarganya.

Nabi s.a.w menyebut :-

كل المسلم على المسلم حرام عرضه وماله ودمه

Ertinya : "Hak setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya" ( Riwayat Muslim, no 2564, 4/1986 ; At-Tirmizi, no 1927, 4/325 ; Tirmizi : Hasan Ghorib)
Semoga ilmu ini dapat di sebar luas kepada semua pembaca blog saya..

Wednesday, October 23, 2013

KARNIVAL RASUL IN MY HEART DAN JUALAN GUDANG TELAGA BIRU


 

Nikmati diskaun sehingga 90% bagi produk Telaga Biru. 

Buku Kanak-Kanak hanya RM2!

Pemegang kad VIP Telaga Biru! Diskaun 70% untuk buku 31 Tips Suami Idaman, Dapur Xpress, Himpunan Cerpen Tawajuh Cinta & banyak lagi! Semuanya di Jualan Gudang Telaga Biru

Diskaun 30% karya Ustaz Zahazan Mohamed, 101 Doa Mohon Makbul & Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik.

Semuanya di?

KARNIVAL RASUL IN MY HEART 
TARIKH : 24 - 26 OKTOBER 2013
WAKTU : 9.00 PAGI - 7.00 MALAM
LOKASI : MASJID AL-IMAM AL-GHAZALI, BANDAR MANJALARA, 
KEPONG, KUALA LUMPUR

Jom! mari ramai-ramai kita meriahkan program yang mulia ini

Tuesday, October 22, 2013

TIPS DIDIK ANAK MENGURUS WANG


Bismillahirrahmanirrahim...

Apa yang saya nak mulakan hari ini ialah tips mengurus kewangan untuk kanak-kanak. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Iera dan team majalah JUTAWAN yang telah banyak mendedahkan saya tentang ilmu kewangan..

Kali ini saya nak kongsi cara atau tips bagi mendidik anak-anak yang sedang membesar tentang pengurusan kewangan.


1. Ajar anak anda permainan seperti Monopoly, Payday, Saidina dan sebagainya.

2. Sediakan wallet, pouch, handbag atau purse.

3. Belikan dua tabung yang cute dan kecil. Satu untuk simpanan tetap(Tabung 1) dan satu lagi untuk simpanan sementara(Tabung 2). Setiap kali dapat duit, simpan 50 peratus di tabung satu dan 50 peratus di Tabung dua. Gunakan tabung 2 tujuan (simpanan sementara) untuk membeli barang keperluan mereka. Ajar mereka untuk dapatkan sesuatu, mereka harus membuat simpanan. Sekiranya mereka hendak membeli kasut yang berharga RM30, suruh mereka simpan RM15 dan anda akan top-up selebihnya. Barulah mereka faham cara untuk mendapatkan sesuatu.

4. Buka akaun untuk mereka.

5. Kenapa tabung simpanan tetap(Tabung 1) mesti bersaiz kecil? Untuk cepat penuh dan mereka akan membawanya ke bank. Disana mereka akan diberitahu,tujuan membuat simpanan tetap untuk masa depan.

6. Untuk anak-anak yang beragama Islam, latih mereka keluarkan 10 peratus daripada jumlah simpanan tabung 2 untuk disedekahkan di masjid pada setiap hari Jumaat(semasa solat Jumaat). Mereka akan faham bersedekah dan fadilatnya.

7. Latih jua anak anda membuat kerja seperti basuh kereta, kemas bilik, jemur dan lipat baju. Berilah mereka upah sebagai kefahaman untuk mencari duit kena kerja. Latih mereka kerja dengan upah berbayar di hujung minggu.

8. Beritahu anak-anak kenapa kita harus membeli semasa special offer, promosi, great saving dan sebagainya. Ajar mereka perlunya berjimat. Tidaklah mereka asyik membeli di musim yang tiada promosi.

9. Latih mereka membuat senarai yang hendak dibeli atau nak diganti seperti kasut sekolah, kasut sukan, alat tulis dan sebagainya. Bawa mereka ke pasaraya untuk melihat harga barang yang mereka kehendaki. Suruh mereka salin harganya. Balik rumah, bincang semula berapa kos yang diperlukan. Buka Tabung kedua untuk mengetahui jumlahnya. Kira berapa lagi baki yang diperlukan. INGAT! Bantu mereka 50 peratus daripada jumlah keseluruhan.

10. Sentiasa ingatkan mereka supaya berjimat dan beli yang perlu sahaja.

Sumber: Majalah Jutawan bil 12 Ogos 2010

Monday, October 21, 2013

Simpan, Jimat + Jana Duit 21 hari Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Fuh! minggu lepas minggu yang sangat padat dalam jadual kerja saya.. So saya nak selesaikan langkah seterusnya untuk post kali ini.. maaf sebab terlebih 2 hari langkah ini.. Jom! ikut saya fasa terakhir menuju 21 hari..

Hari 15: Tambahkan nilai diri anda. Pelajari skil baru. Dengan menambahkan ilmu, anda akan dapat menambahkan nilai anda dalam sesuatu industri. Menerusi tambahan nilai itu, ia meleteakkan anda dalam keadaan yang lebih baik untuk dinaikkan pangkat ataupun sekiranya menjalankan perniagaan, menambahkan bayaran untuk perkhidmatan perniagaan anda. Apakah tempat terbaik untuk melaburkan wang anda? Laburkan pada ilmu untuk meningkatkan diri anda.

Hari 16: Hentikan perbelanjaan emosi. Tidak kira lelaki atau wanita, manusia adalah insan yang beremosi. Ketika membeli juga adalah keputusan emosi yang sering menguasai diri. Perhatikan keadaan apabila anda ingin membeli sesuatu yang mengikut emosi dan bukan sekadar logik. Dikhuatiri keputusan pembelian mengikut emosi satu keputusan yang silap. Tunggu sebelum membeli. Sekiranya ingin membeli sesuatu tinggi harganya, tunggu seminggu sebelum membeli supaya dapat memikirkan keputusan itu dengan lebih mendalam.

Hari 17: Minta kenaikan gaji. Ya, sekiranya anda rasakan nilai anda bertambah lebih daripada apa yang dibayar, apa kata duduk dan berbincang dengan majikan secara baik. Berikan sebab anda rasa anda layak diberi kenaikan gaji beserta rekod dan bukti pencapaian anda. Kalau anda tidak minta kenaikan, seudah pasti tidak dapat. Tetapi sekiranya anda minta, peluang untuk mendapat kenaikan sudah ada.

Hari 18: Belajar cara menjana pendapatan sampingan. Fikirkan cara menambahkan aliran pendapatan anda. Daripada hanya bergantung kepada satu punca pendapatan, fikirkan cara mendapat pendapatan tambahan. Mungkin anda boleh melakukannya dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan, perniagaan internet atau menawarkan sebarang  perkhidmatan mengikut kebolehan dan skil anda.

Hari 19: Biayai semula pinjaman rumah. Pernah anda terfikir mengenai pembiayaan semula pinjman rumah anda? Prosesnya menjadi semakin mudah namun anda perlu mengetahu sama ada langkah itu berbaloi mengikut keperluan anda jangka panjang. Membaiyai rumah dapat mengurangkan bayaran bulanan rumah anda.

Hari 20: Pelaburan yang lain. Mungkin tiba masanya untuk anda lebih mendalami pelaburan. Sekiranya selama ini hanya melabur di institusi kewangan, apa kata anda mula pelajari pelaburan hartanah, emas,perak, saham dan pelbagai bentuk pelaburan lain. Terdapat banyak platform pelaburan untuk dipelajari. Apa yang penting, cari ilmu terlebih dulu dan lakukan pelaburan mengikut minat anda dan bukan kata-kata orang.

Hari 21: Belanja diri anda. Ya, walaupun perkongsian 21 hari ini lebih kepada menjimat, menyimpan dan menjana wang, jangan lupa juga anda sendiri sebagai ucapan tahniah kepada anda kerana berjaya mengawal kewangan anda. Cuma jangan jadikan ini alasan untuk berbelanja besar. Belanja diri sendiri mengikut kemampuan asalkan anda bahagia dan teruskan momentum menjimat, menyimpan dan menjana pendapatan diri anda untuk hari yang akan datang!

Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

Friday, October 18, 2013

A TO Z BE POSITIF



Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar anda pengunjung blog saya hari ini.. semoga anda semua sihat dan setia mengikuti artikel saya..

Hari ini saya ingin berkongsi apa yang saya baca agar kita sama-sama dapat memotivasikan diri kita untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

Percayalah, andai anda tekun dan bersungguh-sungguh anda pasti akan berjaya. Hidup pasti akan lebih indah apabila kamu sentiasa berfikiran positif.

A - accept
terimalah diri sebagaimana adanya.

B - believe
percayalah terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yang diinginkan dalam hidup

C - care
ambil berat terhadap orang sekeliling anda agar mereka juga akan membuat perkara yang sama untuk anda

D - direct
arahkan fikiran pada hal-hal positif yang boleh meningkatkan kepercayaan diri

E - earn
terimalah penghargaan yang diberi orang lain tanpa ada perasaan riak sebaliknya teruslah berusaha menjadi yang terbaik

F - face
hadapi masalah dengan berani dan yakin.

G - go
bergerak menuju kejayaan

H - homework
melakukan 'homework' sebelum memulai sesuatu kerja itu adalah langkah paling penting untuk pengumpulan informasi

I - ignore
abaikan apa sahaja yang menghalangi jalan anda untuk mencapai kejayaan

J- jealously
rasa iri hati akan membuatkan kamu tidak menghargai kelebihan diri sendiri, jadi HINDARINYA

K - keep
terus berusaha walaupun beberapa kali gagal

L - learn
belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya

M - mind
jaga urusan sendiri dan tidak menyusahkan orang lain

N - never
jangan pernah berhenti dan berputus asa

O - observe
amatilah segala hal di sekeliling. LIHAT, DENGAR & BELAJAR

P - patience
sabar adalah kekuatan yang tidak ternilai yang akan membuatkan anda terus berusaha

Q - question
pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yg benar dan menambah ilmu

R - respect
menghormati diri sendiri dan juga org lain

S - self confident, self esteem, self respect
percaya pada diri, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan menghormati diri. 3 elemen yang akan membebaskan anda dari saat-saat tegang.

T - take
bertanggungjawab pada setiap tindakan yang anda lakukan

U - understand
fahami bahawa bisnes pasti akan ada naik turunnya.

V - value
menilai diri sendiri dan orang lain, agar kita dpt sentiasa dapat lakukan yg terbaik

W - work
bekerja dengan bersungguh-sngguh dan jangan lupa berdoa

X - x'tra
usaha yang lebih keras pasti akan membawa hasil

Y - you
kamu... harus percaya bahawa kamu dapat membuat sesuatu yang berbeza

Z - zero
tiada usaha, tiada hasil..

sekian,
petikan dari "JADI 'COOL' + POSITIF"

Saturday, October 12, 2013

Simpan, Jimat + Jana Duit 21 Hari Part 2

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni saya nak share post yang saya janji minggu lepas.. maaf sebab tak sempat nak share hari berikutnya.. tapi untuk pratikkan ikut dari tarikh saya post sabtu lepas, hari ni baru hari ke 7.. Esok ialah hari ke 8. Ok! jom kita teruskan..

Hari 8: Hentikan perbelanjaan harian kecil yang tidak diperlukan. Pembelian harian ini mungkin membabaitkan gula-gula, majalah ataupun sekotak rokok. Anda juga boleh menghentikan lawatan ke kedai mamak dan kurangkan makanan yang tidak sihat. Mengurangkan perbelanjaan yang kecil di sana-sini, skhirnya akan membuatkan simpanan yang besar.

Hari 9: Jaga kesihatan dan kurangkan perbelanjaan. Jaga kesihatan, lakukan senaman setiap hari dan amalkan pemakanan yang sihat. Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan gula. Dengan menjaga kesihaan, pastinya kos perbelanjaan perubatan juga akan diminimukan pada masa akan datang.

Hari 10: Simpan untuk hari tua anda. Buka tabung untuk hari tua anda. Mungkin ansa sudah mempunyai simpanan KWSP, tetapi sering kali simpanan KWSP tidak mencukupi apabila bersara kelak. Lakukan simpanan khas berasingan kerana tiada kemudahan pinjaman untuk bersara kelak.

Hari 11: Urus bayaran hutang anda. Anda mempunyai hutang rumah, kereta atau kad kredit? Tiba masanya untuk anda menguruskan dengan lebih strategik. Pelajari bayaran faedah yang diperlukan. Sekiranya boleh dan berbaloi, ubah pinjaman anda ke institusi kewangan yang menawarkan faedah yang lebih rendah. Kemudian dengan cara strategik, lakukan bayaran balik secepat mungkin mengikut kemampuan anda.

Hari 12: Tawar menawar. Jangan lupa tawar menawar apabila membeli barangan di kedai. Bunyinya agak kedekut bagi sesetengah orang, tetapi sering kali sekiranya anda bijak menawar, pastinya penjual boleh memberi sedikit diskaun walaupun kecil. Jangan lupa, simpanan yang sedikit akan menjadi pelaburan yang besar kelak.

Hari 13: Telefon bimbit dan siaran televisyen. Periksa kembali pakej telefon bimbit dan siaran televisyen anda. Adakah ia pekej terbaik dan anda gunakan secara optimum? Adakalanya anda boleh kurangkan pakej bayaran telefon bimbit dan juga siaran televisyen kerana anda tidak menggunakannya secara optimum. Mana tahu, ada saluran yang anda tidak pernah buka dan anda boleh memotongnya sekali gus menjimatkan belanja bulanan.

Hari 14: Cari jualan istimewa. Apabila perlu berbelanja cari tempat yang menawarkan harga istimewa. Begitu juga dengan makan minum, terdapat restoran yang menawarkan harga diskaun pada waktu dan hari tertentu. Tugas anda adalah berbelanja dengan penuh hemah dan menrancang tempat dan nasa anda perlu melakukan pembelian untuk menjimatkan wang.

Ok.. sampai di sini dulu saya share.. nanti saya sambung lagi untuk hari ke 15 hingga hari ke 21

Wassalam... 




 

Sentuhan Prof Dr Muhaya - Dari Pakar Mata Ke Pencetus Inspirasi

Bismillahirrahmannirrahim

Emm dah seminggu blog ini wujud.. dalam diam-diam dah seminggu jugak saya bertekad dan istiqamah menulis buku Jurnal Inspirasi Diri.. moga-moga selesai dalam masa 40 hari dan akan berubah untuk hari 41 dan seterusnya.. saya ingat kata-kata Dr. Fadzilah Kamsah. Sesuatu ilmu, perbuatan atau apa saja bila kita hendak ianya berterusan, kita perlu lakukan 40 hari beturut-turut.. Insya allah akan jadi sebati dan kita akan istiqamah melakukanya..

Macam-macam berlaku dalam masa seminggu ni.. Kerja di ofis mulai waktu sampai saya 7.00 pagi hingga la waktu balik 6.00 petang. Banyak perkara yang dapat saya selesaikan dan buat. Dan yang paling bestnya.. emmm xpelah biar saya dan Allah je yang tau hihi

Ok.. mari kita fokus perkara yang nak saya share dalam blog ni setelah seminggu tak menulis..
Ingat tak hari tu saya ada bagitau saya beli buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya Sejernis Sinar Matamu.

Ini ada di antara perkara yang saya nak share. Sentuhan Prof Muhaya mukasurat 24

1. Kalau kita hendak buat apa-apa jangan fikir "apa yang orang kata", tetapi fikirkan "apa pandangan Allah".

2. Janga kata tidak ada masa, tetapi katakan kita tidak cukup masa. Kalau kita pandai memperuntukkan masa dan mengawal masa banyak perkara kita boleh buat dalam satu masa.

3. Semua hamba-Nya boleh berdakwah, kerana berdakwah itu bererti mengajak orang membuat kebaikan dan mengajak orang meninggalkan keburukan. Sesungguhnya ilmu hak ulamak tetapi berdakwah hak semua, maka itu semua orang boleh berdakwah.

4. Walau bagaimanapun, untuk menjadi seorang pendakwah atau pakar motivasi, mesti memperdalam ilmu terlebih dahulu. Cara mendapatkan ilmu pelbagai cara; ilmu agama boleh didapati melalui pengalaman hidup atau pengalaman pekerjaan. Banyak membaca buku motivasi, membaca dan mengkaji Al-Quran melalui terjemahannya adalah persediaan untuk membina diri menjadi pendakwah dan pakar motivasi dan inspirasi. Mendengar buku audio adalah satu cara kita mengatasi masalah tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca.

5. Tanamkan kekuatan akidah terlebih dahulu yang dapat menjadikan kita hamba-Nya yang cinta dan mengabdikan diri kepada Allah. Tanamkan rasa kepercayaan dan cinta kepada Allah sejak dari muda lagi dan mendidik diri dan menjadi hambanya yang soleh sejak muda lagi dan pelihara amalan soleh secara konsisten.

6. Buat kad matlamat, tulis apa yang kita hendak jadi apabila kita dewasa nanti. Sentiasa mengharapkan yang kita tulis dalam kad matlamat itu akan tercapai.

7. Buat skrip kehidupan, setiap hari dengan menggunakan buku Jurnal Inspirasi, bagi memperbaiki diri setiap hari.

8. Sebelum berdakwah baiki diri sendiri terlebih dahulu dari segi perangai kita dengan manusia dan sikap kita dengan Allah seta bermurah hati dengan orang di sekeliling kita. Apabila akaun emosi kita tinggi dan kita disukai dan disayangi orang, senang kita untuk menasihati orang. Jangan menghukum orang tetapi berikan kasih sayang dan rasa kasihan kepada mereka dan doakan mereka, insya allah mereka akan berubah dan mendengar nasihat kita.

9. Lihat dalam cermin bila bangun tidur dan katakan "Saya sayang anda. saya benar-benar sayang diri saya sendiri." Katakansesuatu yang baik kepada diri dan bersangka baik kepada Allah. kita sedang menyemai benih dan menjangkakan akan tumbuh dengan suburnya. Sesungguhnya yakinlah bahawa setiap jangkaan kita adalah benih baik yang Allah Kurniakan.

10. Apabila hendak tidur, bersyukur atas segala kebaikan maka akan bertambah nikmat.

11. Katakan selalu, "hanya hal-hal kebaikan sahaj yang akan datang kepada saya", Tidak kita apa yang akan berlaku semuanya baik untuk saya.

12. Tulis pendapat kita tentang sesuatu perkara dan kira berapa yang negatif dan positif.

13. Kita tidak boleh mengubah fikiran jika kita tidak jaga fikiran kita. Undang-undang berfikir - jika kita tidak jaga fikiran kita. Undang-undang berfikir - jika kita tidak tahu apa yang kita fikirkan dan percaya hal itu akan berlaku dalam kehidupan kita.

Sunday, October 6, 2013

Bermulanya 1 Zulhijjah 1434H

Bismillahirrahmanirrahim..

Sempena memasuki 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini, marilah sama-sama pertingkatkan amalan kita kerana amal soleh yang dilakukan dalam hari-hari ini lebih dikasihi Allah hatta berjihad.
 
Di kesempatan ini saya bermula dengan 2 perkara dalam diri saya. Pertama, Cabaran Simpan, Jimat + Jana Duit 21 hari cara Irfan Khairi. Kedua, bermulanya penulisan Jurnal Inspirasi Diri oleh Prof Dr. Muhaya Mohamad. Di harap Allah memberi ruang dan peluang untuk diri ku berjaya..

Hari ini, rutin seperti hari Ahad yang sebelumnya.. ke pasar tani di Shah Alam membeli lauk untuk bekalan seminggu buat suami ku ke tempat kerja. Selesai membeli kami minum pagi di Restoran Azira Seksyen 10 Shah Alam. Selepas itu kami ke karnival Karangkraft di Seksyen 15 Shah Alam. Siap di sediakan 'buggy' lagi. :) Dah macam dekat padang golf pulak aku rasa..

Banyak juga buku-buku yang diberi potongan sehingga 80% terutamanya novel-novel remaja dan cinta dan majalah-majalah. Tapi aku tertarik dengan 2 buah buku keluaran Karangkraft.

1. Reformat Hatimu Dalam 354 Hari - tulisan Norudin Draman @ Ustazcahaya













2. Maaf Cakap - tulisan Norden Mohamed













Lepas tu kami ke MR DIY di Seksyen 19 Shah Alam. Cari sikit barang keperluan rumah. Sebelum pulang ke rumah kami singgah makan tengah hari dulu. Kami sampai rumah jam 2.15 petang. Ok lah rasanya cukup dulu sampai di sini. 

Insyallah saya akan kongsikan kepada followers blog saya ini apabila selesai membacanya nanti.. 

Ok lah.. kita jumpa lagi nanti..

Prof Dr Muhaya

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmannirrahim..

Semalam saya pergi ke Halfest 2013 di Mines International Exibition Centre.. Saya ke sana semata-mata ingin mencari 2 buku yang saya inginkan..

1. Jurnal Inspirasi Diri















2. Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya Sejernih Sinar Matamu













Alhamdulillah.. terima kasih Allah.. terima kasih juga buat suami yang melayan saya dalam situasi jalan sesak untuk ke sana.. :)



Semoga Allah bagi ruang dan peluang diri ku untuk berubah dan berkongsi dengan ilmu yang didapati daripada orang bijak pandai..


Simpan, Jimat + Jana Duit 21 Hari Part 1

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmannirrahim

Hari ni saya share 1 artikel daripada Jutawan Internet Irfan Khairi yang saya baca dari Harian Metro Jumaat, 4.10.2013

Simpan, Jimat + Jana Duit 21 Hari

Adakah anda sering rasa buntu mengenai keadaan anda? Apa kata cuba ikut aktiviti 21 hari untuk menyimpan, berjimat dan menjana duit ini untuk memperbaiki kewangan anda.

HARI 1: Jejak segala perbelanjaan anda. Tidak kira perbelanjaan besar atau kecil, actitkannya dan jejak wang keluar dari poket atau bank anda. Setiap transaksi perlu direkod kerana sekiranya anda tidak menjejak kewangan anda, anda pasti akan lupa dan tidak tahu ke mana wang anda pergi di hujung bulan!

HARI 2: Simpanan secara automatik. Lakukan simpanan secara automatik. Lakukan arahan kepada bank anda untuk membuat pemindahan wang secara automatik setiap bulan. Dengan cara ini, ia memberi jaminan pada diri anda sendiri untuk sentiasa menyimpan sejumlah wang setiap bulan.

HARI 3: Laburkan wang simpanan. Bukan saja menyimpan wang, pastikan wang yang disimpan dilaburkan. Tidak perlu melabur pada pada sesuatu yang anda tidak faham seperti pasaran saham. Mula membaca dan memantau pelaburan seperti unit amanah atau dana bersama. Kunjungi bank dan pelajari risalah mengenai jenis pelaburan yang disediakan.

HARI 4: Simpan wang untuk kecemasan. Mulakan simpanan wang untuk kecemasan. Sebagai tambahan, ini adalah satu keutamaan kerana malang tidak berbau. Sebaiknya, ketepikan perbelanjaan anda sekurang-kurangnya untuk enam bulan akan datang. Dana ini adalah dana kecemasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga pada punca pendapatan anda.

HARI 5: Rancang perbelanjaan anda. Lakukan perancangan yang rapi berhubung perbelanjaan dan bakal perbelanjaan anda. Fikirkan wang masuk dan wang keluar untuk beberapa bulan akan datang dan lakukan bajet supaya dapat mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan akan datang di samping tidak mengganggu perancangan menyimpan anda. Tanpa perancangan wang, anda merancang untuk gagal dalam hal kewangan

HARI 6: Hentikan penggunaan kad kredit. Bagi mereka yang sering menggunakan kad kredit, pasti ini agak sukar. Tetapi untuk berjaya dalam kewangan, sememangnyaperlu lakukan perkara yang susah. Hentikan penggunaan kad kredit terutama dari segi pembelian barangan yang tidak diperlukan. Bulan ini, tinggalkan kad kredit di rumah dan gunakan tunai untuk transaksi.

HARI 7: Hentikan keahlian yang tidak digunakan. Anda memiliki keahlian kelab, gimnasium, hiburan atau sesuatu yang anda sendiri tidak gunakan tetapi melakukan bayaran bulanan? Hentikannya. Sekiranya ada, kita sering melewat-lewatkan masa untuk menghentikannya. Kali ini, anda hentikan tanpa perlu berfikir panjang.

Hari ni saya share 7 langkah dulu.. esok saya sambung lagi untuk hari ke 8 hingga hari ke 14 Wassalam...