Monday, October 21, 2013

Simpan, Jimat + Jana Duit 21 hari Part 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Fuh! minggu lepas minggu yang sangat padat dalam jadual kerja saya.. So saya nak selesaikan langkah seterusnya untuk post kali ini.. maaf sebab terlebih 2 hari langkah ini.. Jom! ikut saya fasa terakhir menuju 21 hari..

Hari 15: Tambahkan nilai diri anda. Pelajari skil baru. Dengan menambahkan ilmu, anda akan dapat menambahkan nilai anda dalam sesuatu industri. Menerusi tambahan nilai itu, ia meleteakkan anda dalam keadaan yang lebih baik untuk dinaikkan pangkat ataupun sekiranya menjalankan perniagaan, menambahkan bayaran untuk perkhidmatan perniagaan anda. Apakah tempat terbaik untuk melaburkan wang anda? Laburkan pada ilmu untuk meningkatkan diri anda.

Hari 16: Hentikan perbelanjaan emosi. Tidak kira lelaki atau wanita, manusia adalah insan yang beremosi. Ketika membeli juga adalah keputusan emosi yang sering menguasai diri. Perhatikan keadaan apabila anda ingin membeli sesuatu yang mengikut emosi dan bukan sekadar logik. Dikhuatiri keputusan pembelian mengikut emosi satu keputusan yang silap. Tunggu sebelum membeli. Sekiranya ingin membeli sesuatu tinggi harganya, tunggu seminggu sebelum membeli supaya dapat memikirkan keputusan itu dengan lebih mendalam.

Hari 17: Minta kenaikan gaji. Ya, sekiranya anda rasakan nilai anda bertambah lebih daripada apa yang dibayar, apa kata duduk dan berbincang dengan majikan secara baik. Berikan sebab anda rasa anda layak diberi kenaikan gaji beserta rekod dan bukti pencapaian anda. Kalau anda tidak minta kenaikan, seudah pasti tidak dapat. Tetapi sekiranya anda minta, peluang untuk mendapat kenaikan sudah ada.

Hari 18: Belajar cara menjana pendapatan sampingan. Fikirkan cara menambahkan aliran pendapatan anda. Daripada hanya bergantung kepada satu punca pendapatan, fikirkan cara mendapat pendapatan tambahan. Mungkin anda boleh melakukannya dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan, perniagaan internet atau menawarkan sebarang  perkhidmatan mengikut kebolehan dan skil anda.

Hari 19: Biayai semula pinjaman rumah. Pernah anda terfikir mengenai pembiayaan semula pinjman rumah anda? Prosesnya menjadi semakin mudah namun anda perlu mengetahu sama ada langkah itu berbaloi mengikut keperluan anda jangka panjang. Membaiyai rumah dapat mengurangkan bayaran bulanan rumah anda.

Hari 20: Pelaburan yang lain. Mungkin tiba masanya untuk anda lebih mendalami pelaburan. Sekiranya selama ini hanya melabur di institusi kewangan, apa kata anda mula pelajari pelaburan hartanah, emas,perak, saham dan pelbagai bentuk pelaburan lain. Terdapat banyak platform pelaburan untuk dipelajari. Apa yang penting, cari ilmu terlebih dulu dan lakukan pelaburan mengikut minat anda dan bukan kata-kata orang.

Hari 21: Belanja diri anda. Ya, walaupun perkongsian 21 hari ini lebih kepada menjimat, menyimpan dan menjana wang, jangan lupa juga anda sendiri sebagai ucapan tahniah kepada anda kerana berjaya mengawal kewangan anda. Cuma jangan jadikan ini alasan untuk berbelanja besar. Belanja diri sendiri mengikut kemampuan asalkan anda bahagia dan teruskan momentum menjimat, menyimpan dan menjana pendapatan diri anda untuk hari yang akan datang!

Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment