Saturday, August 28, 2021

Saya pun TAKUT nak mulakan bisnes ni sebab...

Sememangnya lumrah bila namanya manusia, anda ada perasaan takut untuk buat atau bertindak dengan sesuatu perkara yang luar dari zon selesa anda.

 
Kalau cerita dalan dunia bisnes, antara ketakutan yang biasanya ada, takut gagal, takut apa orang kata dan takut kena berubah untuk buat sesuatu di luar daripada zon selesa yang sedia ada sekarang ini.
 
1. Takut gagal…

Semua orang takut gagal. Mana taknya, bila gagal, selalu dikaitkan dengan rasa stress, down, sedih, kecewa, kalah dan segala-galanya yang negatif. Nak kata apa kan itulah yang kita di beritahu sejak anda dari kecil lagi. Gagal adalah sesuatu yang tidak baik.
 
Kalau direnung dan fikir sedalam-dalamnya, kegagalan itu adalah perkara biasa. Dalam bisnes gagal adalah perkara yang anda perlu hadap. Susah juga kalau dalam bisnes itu terus berjaya tanpa pernah melalui kegagalan.
 
Kejayaan sesuatu bisnes itu ditentukan oleh pengalaman seseorang dalam dunia bisnes. Sebab itu, kalau boleh disenaraikan ramai usahawan berjaya bukanlah datang dari mereka yang berjaya dalam bidang akademik. Tetapi kaya dengan pengalaman bisnes.Tapi, pengalaman bisnes ini termasuk juga pengalaman menghadapi kegagalan dalam bisnes yang akan menjadikan seseorang itu lebih bijak buat bisnes. Jangan takut dengan kegagalan kerana dengan kegaglan akan menjadikan anda usahawan yang lebih bijak dan hebat!



 
2. Takut apa orang kata…

Sememangnya anda mesti selalu fikir, apa orang kata pasal anda. Anda selalu nak puaskan hati orang lain terlebih dahulu daripada puaskan hati sendiri.
 
Kenapa macam tu?
 
Bukan ke nak mulakan bisnes itu pilihan dan niat diri anda sendiri. Kenapa nak risau apa orang kata? Semua itu akan melambatkan untuk anda bermula sedangkan perkara itu anda sendiri yang inginkan.
 
Bila namanya manusia sudah semestinya ada pelbagai pendapat, idea, komen, kritik dan pemikiran tersendiri. Bukan tugas kita untuk puaskan hati semua orang sampai matlamat kita pula tak tercapai.
 
Sekiranya niat, pilihan dan matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, jangan fikirkan apa yang orang akan kata. Anda ingin mencari rezeki tambahan untuk diri anda sendiri dan keluarga anda. Bukan untuk mereka yang mengkritik anda.



 
3. Takut tidak selesa…

Berubah memerlukan anda keluar dari zon selesa. Sebagai manusia, anda adalah insan yang mempunyai tabiat. Dan tabiat sering melekat dan berulang-ulang, tidak kira tabiat baik atau buruk.
 
Untuk memulakan perniagaan anda perlu mengubah tabiat anda. Keluar dari zon selesa yang sedia ada. Memang rasa takut, tetapi, itulah yang diperlukan untuk berubah.
 
Ramai antara mereka yang memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan juga satu ketika dulu perlu membuat keputusan yang sama – keluar dari zon selesa untuk mulakan perniagaan. Ianya adalah langkah pertama untuk berubah.
 
Ada satu kata-kata yang berbunyi…
 
Dua puluh tahun dari sekarang, anda akan lebih rasa kecewa dengan apa yang anda tidak lakukan berbanding dengan apa yang anda lakukan.
 
Fahamkan kata-kata ini.
 
Jangan pula satu hari nanti anda akan rasa kecewa kerana tak mulakan bisnes yang anda sendiri inginkan.

Minat nak belajar simpan emas serendah RM10?
Boleh wasap saya.
Link daftar percuma kat sini


Saturday, June 26, 2021

Penuhi Masa PKP Anda Dengan Amalan

Akhir-akhir ini, banyak ujian kehidupan tanpa disangka-sangka telah berlaku. Paling besar ujian hidup apabila ramai yang terjejas pendapatan, seterusnya mengalami tekanan hidup yang menyebabkan depresi seterusnya menjadi penyebab kemurungan yang melampau. Seperti biasa apa pun berlaku dalam diri kita ini, pulang ke pangkal jalan. Check suruhan dan amalan kita dengan Allah. Selama ini, amalan sunat jarang dipraktikkan dalam kehidupan. Alasannya sibuk dengan tugasan hakiki. Inilah sindrom apabila terlalu mengejar keduniaan sehinggakan bekalan akhirat dilupakan.

Salah satu bekalan yang kita bawa ke akhirat kelak adalah amalan yang kita buat dekat dunia ini. Amalan yang kita lakukan semasa di dunia sama ada baik atau sebaliknya.




Sebagai individu beragama islam, amalan wajib buat mereka yang inginkan hidup bahagia adalah dengan melakukan suruhan Allah seperti melakukan solat, membaca Al-quran, serta berpuasa di bulan ramadan serta meninggalkan laranganNya.

Oleh sebab terlalu mengejar kesibukan bekerja, amalan ini ditinggalkan begitu sahaja tanpa rasa bersalah. Terlalu menjadi hamba dunia, sehinggakan diri menjadi selesa. Kalian fikir, rezeki yang Allah beri akan tetap terus mengalir. Bahkan rezeki tidak akan putus selagi mana kita usaha. Walaupun kalian tidak menjaga hubungan dengan Allah.

Jika dahulu, rezeki kalian lancar, anak-anak sihat , rumahtangga bahagia. Kini, semuanya menjadi kenangan. Kehidupan kalian berubah sepenuhnya. Di kala pandemik Covid19, satu persatu Allah menarik rezeki kalian. Pendapatan mula terjejas, emosi pula terganggu serta masalah kekeluargaan pula yang timbul. Semua individu terjejas akibat alpa dengan keduniaan. Sedarlah kalian.. ini ujian kecil Allah kerana sayang pada makhluk ciptaaNya.

Lihatlah, dengan sekelip mata Allah menarik nikmat. Nauzubillahi minzalik! Tidak takut kah kalian dengan kuasa Allah? Hanya dengan kealpaan kita, Allah telah murka.

Dengan masalah tersebut, semakin ramai yang mengalami masalah kemurungan. Yang paling teruknya, ada individu bertindak membunuh diri sebagai jalan penyelesaian kepada masalah. Allahuakbar! Dengan cara begini, masalah tidak akan selesai sebaliknya masalah akan bertambah. Hutang piutang akan menghantui waris pula.

Jadi, berbalik lah kepada Allah. Dekatkan diri dengan allah. Lakukan amalan sebaik mungkin. Allah tidak mencipta sesuatu keadaan jika tidak diizinkan. Muhasabah diri, dengan keadaan pandemik Covid19 berlaku. Allah izinkan ia berlaku supaya kita banyak berdoa dan meminta keampunan padaNya.

Pandemik Covid19, ini seperti membawa kita untuk bersedia ke pengakhiran dunia iaitu menuju ke alam akhirat. Allah turunkan ujian ini supaya kita bersedia untuk meninggalkan segala kemewahan, keseronokan dan kegembiraan di atas dunia. Mempunyai kereta, tetapi pergerakan terbatas. Tidak boleh memandu pulang ke kampung untuk bertemu orang tua. Ini adalah gambaran kecil untuk kita tinggalkan dunia secara sikit demi sedikit. Walaupun banyak benda yang kalian sayang, semuanya akan meninggalkan kelak. Yang kekal boleh di bawa semasa di akhirat ialah amalan.

Surah Ad-Dukhan:
"Sesungguhnya mereka (kaum musyrik) itu benar-benar berkata, "Tidak ada kematian selain kematian di dunia ini. Dan kami sekali-kali tidak akan dibangkitkan." (Ayat 34-35)

Inilah masanya, kalian berubah. Di kala musim PKP ini yang juga merupakan pandemik Covid19, isikan masa yang terlebih dan terluang ini dengan amalan yang berguna. Iaitu amalan yang diredhai Allah.


Bagaimana? Dapatkan Buku Checklist Amalan 100 Days Challenge by Puan Saira. Yang mana buku ini, mampu membuatkan anda terpaksa melakukan amalan-amalan sunat dengan ikhlas, seterusnya mampu berubah kepada kehidupan kalian ke arah yang lebih baik dan bermakna.

Ingat, akhirat dikejar . Dunia pasti mengejar kalian. Saya pasti! Bagi pembelian Buku Checklist Amalan 100 Days Challenge by Puan Saira, teruskan KLIK SINI.