Saturday, August 28, 2021

Saya pun TAKUT nak mulakan bisnes ni sebab...

Sememangnya lumrah bila namanya manusia, anda ada perasaan takut untuk buat atau bertindak dengan sesuatu perkara yang luar dari zon selesa anda.

 
Kalau cerita dalan dunia bisnes, antara ketakutan yang biasanya ada, takut gagal, takut apa orang kata dan takut kena berubah untuk buat sesuatu di luar daripada zon selesa yang sedia ada sekarang ini.
 
1. Takut gagal…

Semua orang takut gagal. Mana taknya, bila gagal, selalu dikaitkan dengan rasa stress, down, sedih, kecewa, kalah dan segala-galanya yang negatif. Nak kata apa kan itulah yang kita di beritahu sejak anda dari kecil lagi. Gagal adalah sesuatu yang tidak baik.
 
Kalau direnung dan fikir sedalam-dalamnya, kegagalan itu adalah perkara biasa. Dalam bisnes gagal adalah perkara yang anda perlu hadap. Susah juga kalau dalam bisnes itu terus berjaya tanpa pernah melalui kegagalan.
 
Kejayaan sesuatu bisnes itu ditentukan oleh pengalaman seseorang dalam dunia bisnes. Sebab itu, kalau boleh disenaraikan ramai usahawan berjaya bukanlah datang dari mereka yang berjaya dalam bidang akademik. Tetapi kaya dengan pengalaman bisnes.Tapi, pengalaman bisnes ini termasuk juga pengalaman menghadapi kegagalan dalam bisnes yang akan menjadikan seseorang itu lebih bijak buat bisnes. Jangan takut dengan kegagalan kerana dengan kegaglan akan menjadikan anda usahawan yang lebih bijak dan hebat!



 
2. Takut apa orang kata…

Sememangnya anda mesti selalu fikir, apa orang kata pasal anda. Anda selalu nak puaskan hati orang lain terlebih dahulu daripada puaskan hati sendiri.
 
Kenapa macam tu?
 
Bukan ke nak mulakan bisnes itu pilihan dan niat diri anda sendiri. Kenapa nak risau apa orang kata? Semua itu akan melambatkan untuk anda bermula sedangkan perkara itu anda sendiri yang inginkan.
 
Bila namanya manusia sudah semestinya ada pelbagai pendapat, idea, komen, kritik dan pemikiran tersendiri. Bukan tugas kita untuk puaskan hati semua orang sampai matlamat kita pula tak tercapai.
 
Sekiranya niat, pilihan dan matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, jangan fikirkan apa yang orang akan kata. Anda ingin mencari rezeki tambahan untuk diri anda sendiri dan keluarga anda. Bukan untuk mereka yang mengkritik anda.



 
3. Takut tidak selesa…

Berubah memerlukan anda keluar dari zon selesa. Sebagai manusia, anda adalah insan yang mempunyai tabiat. Dan tabiat sering melekat dan berulang-ulang, tidak kira tabiat baik atau buruk.
 
Untuk memulakan perniagaan anda perlu mengubah tabiat anda. Keluar dari zon selesa yang sedia ada. Memang rasa takut, tetapi, itulah yang diperlukan untuk berubah.
 
Ramai antara mereka yang memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan juga satu ketika dulu perlu membuat keputusan yang sama – keluar dari zon selesa untuk mulakan perniagaan. Ianya adalah langkah pertama untuk berubah.
 
Ada satu kata-kata yang berbunyi…
 
Dua puluh tahun dari sekarang, anda akan lebih rasa kecewa dengan apa yang anda tidak lakukan berbanding dengan apa yang anda lakukan.
 
Fahamkan kata-kata ini.
 
Jangan pula satu hari nanti anda akan rasa kecewa kerana tak mulakan bisnes yang anda sendiri inginkan.

Minat nak belajar simpan emas serendah RM10?
Boleh wasap saya.
Link daftar percuma kat sini


No comments:

Post a Comment