Bismillahirrahmanirrahim..
Terdapat hadis Rasulullah SAW yang
menjelaskan tentang fadhilat dan kelebihan bulan Ramadhan, bukan sahaja
untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak bahkan faedah di dunia ini.
Walau bagaimanapun faedah dan
manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjung
segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Mereka yang ingkar,
tidak berpuasa, tidak mengerjakan solat dan lain-lain perintah Allah,
tidaklah berhak mendapatnya.
Di bawah ini diringkaskan beberapa
maksud hadis Rasulullah SAW mengenai fadhilat, kelebihan, keutamaan dan
kemuliaan bulan Ramadhan serta amal ibadah yang sewajarnya dilakukan.
1. Pintu Langit Dibuka
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Pintu-pintu Syurga Dibuka
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya. Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dan tidaklah ditutup satu pun darinya. Maka berserulah penyeru; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu, wahai orang yang melakukankejahatan undurlah kamu. Dan sesungguhnya Allah mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)
Perkongisian email dari ASSOHWAH MEDIA
No comments:
Post a Comment