Bismillahirrahmanirrahim..
Perkongsian
artikel ini adalah dari ruangan Agama akhbar tersohor tanahair iaitu Berita
Harian. Jom sama-sama kita tambah ilmu untuk meningkatkan amalan melakukan
ibadat sunat secara istiqamah di malam hari..
Allah SWT
berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang dan ibadah malam itu lebih
kuat kesannya kepada jiwa dan lebih betul bacaannya.” (Surah al-Muzammil, ayat
6)
Solat malam banyak fadilat dan keistimewaan kepada individu yang melaksanakannya dengan khusyuk serta tawaduk. Namun, qiamullail sukar untuk dijadikan amalan kerana ia memerlukan semangat serta kesungguhan.

Bagaimanapun,
sebagai hamba Allah SWT, kita sewajarnya jadikan solat malam sebagai amalan
kerana ia kebiasaan orang soleh. Mereka adalah yang selalu memanfaatkan malam
dengan beribadah kepada Allah SWT.
" Sebagai hamba Allah SWT, kita
sewajarnya jadikan solat malam sebagai amalan kerana ia kebiasaan orang soleh.
Mereka adalah yang selalu memanfaatkan malam dengan beribadah kepada Allah
SWT."
Seandainya kita dapat melihat
keistimewaan solat malam itu sendiri, sudah tentu ia menjadi amalan kerana
salah satu manfaatnya dapat membersihkan dan mencerahkan jiwa.
Syaitan Ikat Tengkuk
Sabda Rasulullah SAW: “Syaitan mengikat tengkuk setiap daripada kamu apabila tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk setiap ikatan sambil berkata: Engkau masih punya malam yang panjang, maka tidurlah.

Jika dia bangun lalu ingat kepada
Allah, terlerailah satu ikatan. Apabila dia berwuduk, terlerailah satu lagi
ikatan. Apabila dia mengerjakan solat, terlerailah semua ikatan. Pada pagi
harinya, dia bersemangat dan berasa gembira. Tetapi apabila dia tidak bangun,
hatinya berasa susah dan dia menjadi pemalas.”
Sebenarnya, menunaikan solat malam memerlukan kepada kekuatan dan kemahuan untuk melaksanakannya. Pelaksanaan yang rela akan melahirkan solat khusyuk dan sempurna di sisi Allah SWT.
Sebenarnya, menunaikan solat malam memerlukan kepada kekuatan dan kemahuan untuk melaksanakannya. Pelaksanaan yang rela akan melahirkan solat khusyuk dan sempurna di sisi Allah SWT.
Khusyuk mengerjakannya dapat
mengubah kehidupan kita daripada berteraskan maksiat kepada kehidupan yang
berpaksikan ketaatan kepada Yang Maha Agung. Dalam pada itu, orang yang sering
mengerjakan qiamullail sentiasa taat kepada Allah SWT selain dapat melatih diri
ikhlas.
Qiamullail dilaksanakan pada masa
kebanyakan manusia sedang nyenyak tidur dan keheningan dua pertiga malam itu
dapat memberi ketenangan jiwa, berasakan keinsafan dan kekerdilan diri sebagai
hamba yang lemah.
Pengabdian diri kepada Allah SWT mesti dilakukan supaya kita dapat mendekatkan diri kepada-Nya. Allah SWT menyintai hambanya yang selalu bangun malam untuk beribadah kepadanya selain dapat meninggikan darjat kita disisi-Nya.
Seboleh-bolehnya, jadikanlah qiamullail sebagai amalan mingguan atau bulanan yang wajib kita lakukan untuk melatih diri menjadi hamba yang bersabar. Marilah meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT semoga kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

Kredit to Berita Harian keluaran 31
Mei 2014. Semoga bermanfaat untuk pengunjung blog saya ini..
Wasalam untuk hari ini..
No comments:
Post a Comment