Bismillahirrahmanirrahim..
Tidak sampai dua minggu saja lagi,
kita akan melambai selamat tinggal kepada 2014 dan menjemput tahun baru 2015.
Ada yang berjaya mencapai matlamat kewangan mereka tahun ini, ada juga yang
tidak. Kini pula ada ura-ura pelbagai kos sara hidup akan terus meningkat tahun
depan kerana GST, namun pendapatan pula mungkin masih di takuk lama.
Perancangan kewangan kini semakin penting dalam keadaan ini.
1.Keinginan
Dalam mencapai kejayaan kewangan,
keinginan amat penting. Keinginan dalam memperbaiki keadaan kewangan semasa
tidak kira apa jua keadaan kita kini. Dengan adanya keinginan, ia seumpama
memberi semangat dan motivasi kepada kita dalam memperbaiki keadaan kewangan.
Seseorang itu dikatakan tidak
berjaya mencapai matlamat kewangan kerana takut pada kegagalan dalam kewangan.
Akibatnya, tidak mahu mengambil langkah awal dalam perancangan. Keinginan yang
kuat dalam kejayaan kewangan akan membantu anda dalam mengambil langkah awal
itu.
2.Keyakinan
Dalam usaha mencapai apa saja
kejayaan, keyakinan dalam diri sendiri amat penting. Sekiranya kita sering ragu-ragu
dengan kebolehan diri sendiri dalam merancang dan berusaha, ia seumpama
meletakkan diri kita pada kedudukan kekurangan dan menyukarkan setiap langkah
merancang yang kita lakukan.
Dalam menetapkan matlamat kewangan
anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan
memotivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk
mendapat kenaikan pendapatan dua kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak
realistik. Tetapi, matlamat untuk meningkatkan pendapatan anda sebanyak 10
hinggga 20 peratus dalam masa setahun adalah lebih realistik!
3.
Tahu di mana anda kini
Sebelum merancang untuk 2015,
ketahui kedudukan kewangan anda kini kerana ini titik permulaan anda untuk
merancang kewangan anda. Adakah keadaan kewangan anda kini stabil? Kurang
memuaskan? Atau bermasalah?
Dengan jujur pada diri sendiri
mengenai keadaan kewangan kini, ia dapat memberi kesedaran kepada anda untuk
memperbaiki keadaan semasa. Senaraikan segala baki simpanan, hutang kad kredit,
hutang bayaran balik kereta dan rumah serta segala perbelanjaan bulanan yang
dilakukan sebelum ini.
4.
Mula merancang
Mungkin 2014 anda kurang melakukan
perancangan yang mengakibatkan tersasar matlamat kewangan anda. Atau anda kini
sedar ada ruang yang boleh diperbaiki sekiranya anda lebih berusaha memperbaiki
kewangan. Apapun, yang lepas dijadikan pengajaran untuk tahun baru pula.
Lakukan anggaran wang masuk melalui
pendapatan sepanjang tahun dan senaraikan juga setiap perbelanjaan tetap
seperti rumah dan kereta serta anggaran bil telefon, Internet, elektrik dan
televisyen berdasarkan 2014.
Sediakan bajet untuk perbelanjaan
yang tidak tetap seperti pakaian, makanan, minuman, hiburan dan percutian.
Sering kali dalam merancang untuk bayaran tetap tidak mempunyai masalah kerana
jumlahnya dapat dianggar dengan lebih tetap. Yang sering menjadi masalah
apabila perbelanjaan berubah-ubah yang sering mengakibatkan bajet lari.
5.
Ilmu tambahan
Dalam memperbaiki kewangan, hanya
ada dua cara iaitu mengurangkan perbelanjaan dan menambah pendapatan. Sekiranya
melalui perancangan dan bajet dapat mengurangkan perbelanjaan, mungkin tiba
masanya untuk menambah pendapatan pula.
Untuk menambah pendapatan,
tingkatkan ilmu dalam kepakaran dan bidang anda. Tidak kira sama ada makan gaji
atau berniaga, kelebihan dari segi ilmu dan usaha pada diri sendiri akan dapat
memberi pendapatan yang lebih. Sekiranya bukan rezeki di tempat kerja yang
sama, mungkin di tempat kerja lain yang dapat menghargai ilmu dan usaha anda.
Apa kata jadikan 2015 sebagai tahun
memulakan perniagaan bagi mereka yang masih menunda usaha ini. Zaman kini,
ramai yang menjalankan perniagaan terutama secara sambilan melalui Internet.
Tidak perlu ada kedai fizikal, menjalankan perniagaan dari rumah pada waktu
lapang menjadi pilihan ramai.
Kesimpulannya, tanpa merancang,
segala perancangan kewangan akan gagal. Lengkapkan diri dari pelbagai segi
merangkumi motivasi, semangat hinggalah kepada ilmu pengetahuan dan aksi yang
perlu dilaksanakan untuk berjaya dalam kewangan.
Salam Irfan Khairi,
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17308#sthash.xxXC6N8B.dpuf
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat,
19 Disember 2014
Untuk dapat ebook percuma sila layari link di bawah:
https://hartinidotcom.aztetic.my/buy/formularezeki
No comments:
Post a Comment