Sunday, November 10, 2013

Perginya Tokoh Penyiaran Islam Tanah Air…Dato Bukhari Che Muda

Bismillahirrahmanirrahim..

Innalillahiwainnailaihiraji'un..

Malaysia telah kehilangan seorang mujahid penyiaran yang ulung. Dengan kualiti, karakter, kepimpinan, wawasan, dan ketegasan beliau, TV Al-Hijrah telah menetapkan satu standard penerbitan yang tinggi bagi penyiaran Islam. Jasanya terhadap agama Islam khususnya dan bidang penyiaran tanah air amnya terlalu besar dan tiada galang gantinya. Beliau bukan seorang ustaz, tetapi iltizam dan cintanya pada Islam telah beliau terjemahkan melalui caranya yang tersendiri. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa dan pengorbanannya pada agama Islam yang kita cintai ini.

Setiap amalannya yang memberi manfaat berpanjangan, akan memberikan ganjaran berpanjangan. Berbahagialah hendaknya beliau di sana... 

Beliau telah kembali ke rahmatullah pagi tadi 10.11.2013 bersamaan 6 Muharam 1435H jam 6.08 pagi di kediaman beliau di Seksyen 7 Shah Alam. Beliau menghembuskan nafasnya terakhir akibat sakit barah dalam usia 57 tahun. Takziah kepada keluarga Allahyarham, dan warga kerja TV Al-Hijrah. Moga-moga Allah SWT menempatkan roh arwah bersama para Solihin.
 
Inspirasi untuk kita semua; apabila berkarya, menulis, menyanyi, berlakon, mengacara, bahkan apa sahaja; biarlah ia bernilai sebagai matawang dunia, dan bernilai sebagai matawang akhirat.
 
Al-fatihah..
 
 

No comments:

Post a Comment