Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi rasa mengenai permergian Ahmad Ammar. Saya tahu cerita ni melalui kawan saya yang mana ceritanya tersebar di Facebook dan YouTube memuatkan video Allahyarham yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November lalu..
Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi rasa mengenai permergian Ahmad Ammar. Saya tahu cerita ni melalui kawan saya yang mana ceritanya tersebar di Facebook dan YouTube memuatkan video Allahyarham yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November lalu..
Ahmad Ammar bin Ahmad Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan pimpinan ABIM yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Anak lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam
ini telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di
Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham dan
dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam sekeluarga.
Allahyarham adalah bintang yang berpotensi untuk bersinar pada masa akan
datang.
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC)
dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak
yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah
telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013.
Hanya kepada ALLAH kita berserah
segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang
setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda
mereka dengan penuh redha. Amin.
Ahmad Ammar adalah seorang anak muda
yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda sepertinya. Tekun dan
berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak bersuara di
depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling
menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan
dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi
penuntun ibu bapanya ke syurga.
Allahyarham Ahmad Ammar, bersemadilah
engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu bersama perjuangan,
matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH, jasadmu juga
bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di dalam
perjuangan.
Hidup dikelilingi orang-orang soleh,
mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad orang-orang soleh. Takdir
ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui
akan hikmah sesuatu peristiwa.
Di Istanbul, Eyub merupakan tempat
letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan
sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama tentera
kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Buat anak-anak muda di luar sana,
sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang
soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan orang-orang
soleh. Insya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang
soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. Insya ALLAH, semoga
kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Di bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di sekitar
maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha
Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad Ammar.Jenazah
Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di
Masjid Ayub Sultan, Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat
Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub Al-Ansari R.A.
Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai pelajar Risalah an Nur
di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça Said Nuri,
pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan Haji
Ahmad Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta
anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad Ammar.
Perkuburan Eyub Sultan tempat Ammar
disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan yang
menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima
Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri
pengecualian rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa
bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala
bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa
juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat İnsani Yardım.
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
KERAJAAN TURKI BERI PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR
Kerajaan Turki memberi layanan luar biasa ke atas seorang remaja
Malaysia yang meninggal dunia setelah dilanggar sebuah ambulans di
negara itu apabila dia dikebumikan di Eyub Sultan di Istanbul yang turut
menempatkan 60 pusara sahabat Nabi.
Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam,
20, yang meninggal dunia pada 2 November lalu dikebumikan di tanah
perkuburan itu yang turut menempatkan orang kenamaan Turki pada 4
November setelah mendapat keizinan Datuk Bandar Istanbul.
Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja di
Sungai Besi itu merupakan penuntut tahun dua jurusan Sejarah di
Universiti Marmara (Goztepe).
Dia juga sedang mendalami ilmu Tafsir dan hampir tamat pengajian.
Abang ipar Allahyarham, Muhammad Suhail
Ahmad berkata, masyarakat Turki amat memandang tinggi terhadap Ahmad
Ammar yang hampir menamatkan pengajian ilmu Tafsir sekali gus
melayakkannya menjadi guru agama.
“Bapa Allahyarham pula sentiasa memberi galakan kepadanya supaya sentiasa mendalami ilmu agama selain mempelajari ilmu sejarah di negara Turki itu,” katanya
Kisah Ahmad Ammar yang meninggal dunia
akibat kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November lalu
mendapat liputan meluas menerusi rangkaian laman sosial di negara ini
terutama YouTube dan Facebook.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Al-Fatihah untuk Allahyarham.
No comments:
Post a Comment