Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah.. hari ini masuk tahun baru hijrah 1435.. terima kasih kepada rakan yang mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada saya.. kepada pengunjung blog saya ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat tahun baru hijrah 1435.... Baiki diri... Baiki azam.. Semoga kebahagiaan sentiasa dinikmati...Amin..
Hari ni saya nak share dari buku yang baru saya beli dari Karnival Rasul In My Heart pada 26.10.2013 lepas..
1. Stress akibat takut gagal
Menyebabkan kita bangun berusaha dengan lebih gigih.
2. Stres akibat hubungan kita yang tidak mesra dengan ibu bapa
Menyebabkan kita bertindak meminta maaf, berterus terang dan melakukan tindakan-tindakan positif
bagi membetulkan keadaan.
3. Stres kerana jahil
Mendorong seseorang itu bangun menimba ilmu.
4. Stres kerana merasakan diri berdosa
Mendorong orang yang masih ada sekelumit iman dalam hati beristighfar, bertaubat dengan
sungguh-sungguh dan berazam tidak akan mengulangi dosa silam.
5. Stres kerana merasakan diri tiada pencapaian
Memotivasikan diri berusaha meraih kejayaan dalm hidup.
6. Stres kerana melihat perbuatan mungkar berleluasa
Menyebabkan jiwa memberontak ingin melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
7. Stres kerana didiagnosis ada risiko kesihatan
Menyebabkan si pesakit berusaha menjaga pemakanan dan melakukan pelbagai usaha untuk
menyembuhkan.
Saya share yang ini dulu.. sebab saya baru mula nak baca.. :) Jika nak tau lebih lanjut. belilah buku Semuanya Soal Hati tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi terbitan Telaga Biru.
No comments:
Post a Comment