Bismillahirrahmanirrahim..
Maaf terlewat untuk share post seterusnya berkaitan pemikiran Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.. Fikiran lebih banyak terfikir kepada kematian Ahmad Ammar.. :( Walaupun saya tak kenal, tapi saya sangat terkesan membaca perjalanan hidup beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Ok, saya post kali ini saya sambung 10 lagi perkara yang terdapat dalam pemikiran Tan Sri..
11. Dalam hidup ini, kita
sebenarnya tidak ada status, ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberi kemewahan,
kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah memberi
rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia
boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun bawah,
mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah
bantu. Orang CIna ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada. Kalau ada pun
berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki
menguasai diri. Sudahlah tidak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya
untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan
fitrah. Islam agama yang adil. Ia minta sedikit sahaja. Oleh itu, kalau ada
duit lebih, seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tidak kisah kalau tidak
buat semua ini. Saya boleh tidak buat apa-apa dan balik Alor Star tetapi saya
rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti, mata tidak
tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata, kita tidak buat. Orang lain ambil
kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat
apa-apa!
16. Saya ada emotional attachment
kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak
penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya
begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda. Saya tahu
orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita
ada kekuatan yang tuhan beri melebihi bangsa lain tetapi untuk maju kita perlu
berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada
apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang.
Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan
pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila
kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehla kita menolong orang lain.
19. Kaya itu bukan kepada diri
sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan
kepada orang ramai.Saya hanya memegangnya sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan menyimpan
kekayaan ini untuk anak dan isteri saya. Duit tidak kekal. Saya percaya hanya
perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi
saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang.
Ada 29 lagi yang akan saya share.. nak tau? tungguuuuuuuuu... :)
No comments:
Post a Comment